Ahad, Disember 01, 2013


ADUN PKR Selangor masih belum menerima arahan rasmi daripada Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim bersabit arahan untuk menderma antara RM1,000 sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka kepada tabung pendidikan parti.

ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi ketika dihubungi Antarapos enggan mengulas lanjut sehingga beliau mendapat memo rasmi dari parti.

"Kita pun belum dapat lagi arahan, jadi kita pun belum tahu arahan ini. Jadi tidak boleh cakap apa-apa lagi," katanya kepada Antarapos.

Daroyah selain itu turut enggan mengulas lanjut bersabit inisiatif DUN Selangor yang menyediakan borang untuk mana-mana ADUN menderma sebahagian daripada gaji baru yang diumumkan oleh menteri besarnya.

"Yang itu pun kita tidak ada lagi melihat borang itu, jadi saya pun tidak pasti adakah perkara itu benar-benar disebut oleh YB Datuk Teng. Jadi saya tidak boleh bagi apa-apa pandangan," katanya.

Selain Daroyah, ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut menegaskan masih belum menerima arahan rasmi daripada Ketua Umum PKR itu.

"Saya belum dapat apa-apa arahan lagi, saya tahu media sahaja yang buat liputan mengenai ini. Saya tunggu ini dan kita akan bermesyuarat dengan PKR Selangor dalam masa terdekat ini dan selepas itu baru kita ambil tindakan," katanya.

Susulan daripada pelbagai reaksi bersabit kenaikan gaji baru itu, Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim memberitahu borang disediakan bagi mereka yang berasakan kenaikan gaji anggota Dewan terlalu tinggi.

Usaha itu sebagai reaksi kepada Anwar yang tidak mengupas sama ada “derma” oleh ADUN PKR itu akan diperluaskan kepada wakil rakyat DAP dan PAS.

Untuk rekod, Anwar kelmarin mengeluarkan arahan untuk semua ADUN PKR di Selangor diarah menderma antara RM1,000 sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping