Bekas artis dan pelakon yang kini bergiat aktif dalam parti Politik, Bob Lokman dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Taiping pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.
Sebelum ini, Si Bob Lokman ni pun pernah masuk Hospital jugak atas sebab yang sama. Maknanya, ini kali kedua dia dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Menurut beberapa laman blog, sebelum dimasukkan ke hospital, difahamkan Bob menikmati jamuan buah durian di satu program di Kuala Kangsar.
Ustaz Nazmi Karim dalam laman sosial meminta orang ramai mendoakan kesihatan Bob.
Ada orang kata ini semua balasan sebab Si Bob Lokman ni suka sangat menyalahkan orang lain. Sebab sebelum ni, Si Bob Lokman ni sering mencemuh orang lain diatas pentas ceramah.
Tapi itu pandangan diorang la. Masing - masing ada pendapat sendiri. Bagi SH, apa yang dia buat, dia perlu tanggung sendiri.
Mungkin ini khifarah buat dia agar dia sentiasa beringat. Langit tak selalunya cerah, bumi tak selalunya kering. Dia faham sendiri pepatah Melayu tu sudah la.
Walau apa pun, kita sama - sama doakan semoga Bob Lokman ni segera sembuh dan sihat seperti sedia kala. Jangan nanti ada yang suruh ishtihar darurat tak tentu arah sudah la!!!
Ambiklah iktibar dari ingatan yang Allah SWT berikan pada kita semua. Sihat sebelum sakit, senang sebelum susah, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.....wallahu a' lam.....
BalasPadamwalau pun kita orang umno...marilah kita doakan kesihatan brother bob ni.
BalasPadamyang lain2 kita serahkan kepada allah.