Walaweh!!! Hebat sungguh Ostad Budak ni ye. Lantang sungguh dia bercakap mengutuk dan menyindir PAS secara terang - terangan. Dah sesat sangat dah nampak gayanya dia ni.
Berani dia memperlekehkan perlaksanaan Hudud yang nak dilaksanakan oleh Rejim PAS Kelantan tu. Sampai dia siap buat dakwaan kononnya perlaksanaan tu hanya kosmetik.
Jika kita dengar apa yang dijelaskan oleh Ostad Budak ni, memang nampak sangat yang dia pun tak setuju dengan apa yang telah direncanakan oleh Rejim PAS Kelantan tu.
Dia kata, Rang Undang - Undang Syariah yang telah dibentangkan sebelum ini hanya dibuat tapi bukan untuk dilaksanakan. Kira lebih kurang macam kosmetik jugak la tu.
Dalam erti kata lainnya, Si Ostad Budak ni nak dakwa kononnya Rejim PAS Kelantan tu hanya mempergunakan Hudud untuk menipu dan memperdayakan orang ramai.
Heh! Memang dari dulu dah PAS sentiasa menggunakan isu Hudud untuk memancing sokongan dan undi dari kalangan orang Islam. Benda tu dah lama orang tau.
Seperti yang SH pernah katakan sebelum ini. Isu berkaitan dengan Hudud tu hanya akan berkumandang bila pemilihan tiba. Sama ada Pilihan Raya mahupun Pemilihan PAS.
Sebaik sahaja habis mereka bermuktamar dan selesai Pilihan Raya, isu Hudud tu dah tak timbul dah. Semuanya pakat senyap belaka. Sama la dengan apa yang berlaku sekarang ni. Mana ada dah pemimpin PAS yang berbicara pasal isu tu!!! Semuanya WAYANG belaka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.