Sabtu, Februari 22, 2014


Kalau kat atas pentas, bukan main lagi diorang melaung - laungkan slogan dan memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara. Tapi hakikatnya, macam taik kucing!!! Cakap je lebih, tapi buat jangan harap la!!!
SHAH ALAM: PKR telah mengeluarkan arahan 'tutup mulut' kepada 42 ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang nama mereka disekat Pejabat Menteri Besar, daripada lantikan semula, demikian menurut sumber Antarapos.

"Kami baru mendapat taklimat daripada pimpinan tertinggi parti semalam yang melarang kamu mengadakan sebarang sidang media atau temubual," kata sumber melalui sistem pesanan ringkas kepada pemberita Antarapos.

Media sebelum ini melaporkan kesemua nama itu disekat daripada lantikan semula kerana dipercayai mereka adalah kroni Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. 

PKR Selangor juga diminta menggantikan 42 nama calon itu dengan senarai baru. Bagaimanapun menurut sumber, permintaan itu tidak akan dilayan dan PKR Selangor tetap mahu 42 nama itu dilantik semula untuk jawatan ahli majlis.

"Pimpinan parti masih mengekalkan senarai nama yang sama. Seperti yang anda ketahui, seramai 42 nama masih disekat oleh kerajaan negeri tanpa memberitahu kita apakah punca sebenar kepada parti.

"Sekarang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid) janji untuk selesaikan dalam masa satu hingga dua bulan. Jadi pimpinan parti akan tunggu (keputusan)," ujarnya lagi.

Sumber itu menambah, Khalid berjanji akan menyelesaikan isu lantikan semula ahli majlis PBT dalam masa dua bulan. Untuk rekod, pelantikan itu sepatutnya dibuat kerajaan negeri pada Januari lalu.

Sumber Antarapos turut memberitahu Khalid beralasan kononnya lantikan itu terpaksa ditangguh berikutan berlaku pertindihan nama yang diberi oleh Majlis Perhubungan Negeri (MPN) dan cabang serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Alasan yang diberi Khalid adalah pertindihan nama yang diberi oleh MPN seramai 42 orang dengan cabang dan NGO. Sepatutnya jika mengikut perlembagaan parti, MPN adalah badan tertinggi untuk mencadangkan nama dan membuat keputusan.

"Susah nak cakap... Alasan sebenarnya adalah pertelagahan antara Khalid dan Azmin. Majoriti 42 senarai nama itu diketahui rapat dengan Azmin," ujarnya lagi.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Jangan susah! Jangan marah!
    Dah memang macam tu cara mereka menjalani hidup berpolitik dibumi Allah ni.
    Kalau mereka buat, apa pun boleh. Main depan belakang semua boleh. Bini orang, bini kawan, pelacur China Dool semua boleh. Tak salah dan tak rosak pun moral pengamalnya. Malah lagi mereka diangkat tinggi dan dipuja macam dewa.
    Yang tak boleh kalau yg buat macam itu ialah UMNO/BN.

    Mereka dah bebas dari hukum Allah swt kerana Nabi Muhammad saw dah wafat.
    Mereka boleh buat apa sahaja setelah ketiadaan Rasulullah saw. Itulah cara hidup mereka. Dan itulah amalan mereka.

    Kepada rakyat Selangor khasnya, jangan lupa pada PRU 14 nanti undilah lagi Pakatan yang tak sepakat tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping