Jumaat, Februari 21, 2014


Mengapa Mohd Sayuti Omar (MSO) menarik balik artikel bertajuk “Betulkah Khalid ada hutang bank RM80 juta?,” yang ditulis dan disiarkan di blognya, msomelayu.blogspot.com semalam ?

Semakan hari ini di http://msomelayu.blogspot.com/2014/02/betulkah-khalid-ada-hutang-rm80-juta.html, ditulis “Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist,” yang bermaksud artikel itu telah dipadamkan setelah sehari disiarkan.

Namun, MSO tidak memberi sebarang penjelasan kenapakah artikel itu perlu ditarik balik.

Semalam, laman ini meneliti setiap maksud yang disampaikan MSO dalam artikel tersebut dan dirumuskan dalam kupasan laman ini bertajuk “Kem Anwar Guna Isu USD18 Juta ‘Bunuh’ Khalid.”

Walaupun tidak menolak kemungkinan terdapat tokok tambah yang diolah MSO, namun secara kesuruhan, laman ini berpandapat apa yang cuba disampaikan penulis pro-reformasi itu adalah datang daripada sumber yang dekat dengan pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti maklumat itu datang dari pihak yang anti terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ada beberapa maklumat yang disampaikan MSO barangkali tidak diketahui oleh pihak yang yang berada di luar inner circle Anwar, antaranya yang agak menarik adalah :-

1. Justifikasi Anwar bertanding di DUN Kajang disebabkan Abdul Khalid tidak mahu berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor meskipun mempunyai masalah hutang USD18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam.

2. Terdapat rundingan Abdul Khalid dengan ‘pihak ketiga’ dalam penyelesaian hutang di Bank Islam tersebut.

3. Dua orang pimpinan tertinggi PAS dan seorang pegawai politik telah berunding secara rahsia dengan Abdul Khalid, menasihatinya agar tidak meletak jawatan MB. Malah MSO menambah 2 pimpinan PAS itu lebih condong untuk berbaik semula dengan UMNO.

4. MSO menceritakan Anwar telah pergi ke Kota Baharu untuk menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi cuba dihalang oleh pihak tertentu dalam PAS, namun perjumpaan itu berjaya diadakan dan Anwar menjelaskan ‘sebab itu’ kepada Nik Aziz.

5. Daripada keempat-empat intipati di atas, mungkinkah MSO cuba menyampaikan mesej bahawa Anwar terpaksa bertanding di DUN Kajang untuk menghalang Abdul Khalid dan PAS bekerjasama dengan UMNO untuk mengambil alih semula kerajaan Selangor ?
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping