Zulkifli Nordin menyarankan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor mohon untuk bubarkan Dewan Undangan Negeri sebagai jalan untuk menyelesaikan krisis politik dalam PKR.
Katanya,Khalid mesti mengadap Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon PRK Kajang.
“Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang. Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan.” katanya dalam entri blognya yang terbaru.
“Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!” katanya.
“Setelah Khalid berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah beliau memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan di dalam PRU-13; setelah beliau memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah beliau berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat beliau,” dakwanya.
“Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Zulkifili menasihati Khalid supaya jangan sama sekali menandatangani surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor itu.
“Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor,” dakwanya lagi.
“Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik.
Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri,” katanya lagi.
Zulkifli menambah sejarah sudah membuktikan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjatuhkan Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).
“Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.