Daripada Rihanna, Beyonce dan terbaru, Kesha telah dihalang masuk atau tidak dapat hadir menunaikan janji mereka melakukan konsert di Malaysia, kini giliran Christina Aguilera pula untuk menghampakan peminat nampaknya.
Sepatutnya beliau akan ke sini nanti untuk menghiburkan peminat Malaysia dan kami pasti ramai yang teruja untuk menyaksikan bintang bersuara lantang ini.
Namun, setelah bertunang dengan Matthew Rutler, penyanyi ini telah disahkan hamil anak kedua, yang mana ianya adalah anak pertamanya bersama tunangnya itu.
Khabarnya, Christina Aguilera sendiri memberitahu beliau dan Matthew Rutler telah pun mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke tahap yang seterusnya dan terus dikemaskini hal ini di Twitter untuk diumumkan.
“Dia (Matthew Rutler) bertanya saya dan saya jawab…..,” kata Christina sambil menunjukkan gambarnya yang memakai cincin pemberian Matthew.
Apapun, masih awal lagi kehamilan beliau. Harap beliau dapat hadir ke sini dan meneruskan rancangannya. Tambahan, beliau sudah janji untuk berpakaian sopan ketika menyanyi di sini bermakna beliau juga teruja untuk ke Malaysia.
Tapi, ini melibatkan kesihatan dan keselamatan kan? Semoga Christina berada dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk melangkah ke Malaysia.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.