Sekitar 50 ahli PKR hari ini berhimpun di hadapan ibu pejabat parti bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti itu.
Ahmad Jufliz Faiza yang mengetuai kumpulan itu berkata mereka tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran parti selepas banyak kecelaruan semasa pemilihan parti itu berlangsung.
"Untuk mengelak perkara yang lebih serius berlaku, ada anggota parti akan membawa perkara ini kepada RoS yang memungkinkan PKR dibatalkan.
"Kami mendesak seluruh proses pemilihan dikaji semula termasuk menyaring pengawas pemilihan yang tetlibat. Pengawas yang terbukti tidak amanah hendaklah dipecat serta-merta," katanya pada satu sidang media berhampiran dengan Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini.
Dalam sidang media hari ini, Ahmad Juflis turut mendesak Johari agar segera meletakkan jawatan dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mesti melantik seorang yang lebih telus serta mempunyai kuasa penuh melantik pegawai pengawasnya.
Katanya, banyak aduan terhadap pengawas pemilihan yang melanggar tatacara peraturan pemilihan, tidak amanah dan cuba menenangkan calon tertentu dalam PKR.
“Kami menyarankan seorang yang bertaraf bekas hakim dilantik dan diuji ketelusannya atau seorang anggota parti yang tidak mempunyai jawatan di peringkat cabang atau pusat untuk dilantik sebagai pengerusi JPP.
“Mana-mana anggota parti termasuk calon walaupun bergelar wakil rakyat yang terbukti mengganggu proses pemilihan dan pengundi mesti digantung atau dipecat serta-merta,” katanya.
PS: Heh! Nak pulak diorang percaya pada Hakim. Kalau perkara yang sama berlaku, diorang tuduh pulak Hakim tu ikut telunjuk 'Orang Tertentu'.
Nanti, mula la diorang mengamuk dan buat dakwaan kononnya wujud 'Campur Tangan Eksekutif' dalam menjalankan tugas. Pusing - pusing, diorang sendiri jugak yang pening!!!
Perangai barisan yang tak boleh dijadikan contoh. Lakonan.
BalasPadamRela berlakon walau setebal mana kulit muka.
Perangai barisan yang tak boleh dijadikan contoh. Fitnah.
Rela memfitnah demi untuk glamour dan menjatuhkan orang lain.
Perangai barisan.....