Heh! Heran jugak dengan puak - puak PAS ni. Biasanya diorang tak pernah buat kerja macam ni. Tapi bak kata orang New Zealand, 'Dalam setandan pisang tak semuanya buruk'.
Apa yang ditulis oleh blogger PAS ni diluar jangkaan kita sebenarnya. Kita takkan menyangka bahawa ada jugak dikalangan orang PAS ni yang kagum dengan MB Pahang.
Meh baca cerita ni dulu. Sambungan mengenai apa yang blogger tu tulis nanti akan kita ceritakan kemudian. Bagi la peluang untuk korang hadam apa intisari yang cuba disampaikan. Jangan ada yang meroyan lepas baca cerita ni sudah la!!!
MSO - Hari itu bukan niat saya untuk berjumpa dengan beliau dan apa lagi duduk semeja. Tetapi kerana tuan rumah (restoran) di mana majlis hari raya itu diadakan yang juga adiknya meminta saya duduk bersama Adnan jadi saya akur demi menghormatinya.
Saya rasa kokok mulanya kerana kerana belum biasa. Saya mengira tentu ada hikmahnya. Apa lagi hari itu adalah majlis berhari raya. Mungkin ada gunanya kalau saya duduk dan besembang-sembang dengannya.
Jadi saya duduklah. Adnan Yaakob bukan seperti mana yang disangka. Rupanya dia seorang yang 'lacat' dan peramah. Tidak sedikit pun dia menunjukkan ralat apabila bersalaman dengan saya.
Beliau menerima seperti sudah lama mengenali saya. "Oh.. MSO...," katanya mesra. Saya terkejut dengan penerimaan Adnan dan cara dia melayani saya.
Tidak ada muqadimah atau takruf panjang lebar untuk mencari keserasian di antara kami. Kami berbual seperti sudah kenal dan berjumpa berkali-kali.
"Saya selalu baca tulisan you.. selalu," ujarnya. Pengakuan itu walaupun mungkin ianya hanya 'basa basi', menyebabkan saya jadi tergaman kerana ada juga sesekali saya membidas dan mengutuknya di dalam blog.
Tetapi beliau tidak mengungkit apa yang saya katakan, ini menggambarkan dia seorang yang terbuka. "Banyak yang you tulis betul tetapi ada juga yang meleset.." ujarnya lagi berterus terang.
Dalam pengamatan rengkas saya ke atas Adnan pada pertemuan itu, saya dapat merumuskan beliau seorang yang suka berterus terang tidak tahu menjimatkan kata-kata.
Orang sebegini biasanya tidak akan menyimpan dendam. Apa yang hendak dikatakan dilepaskan saja. Dia juga berkata apa yang hatinya hendak kata. Dia yakin dengan apa yang dia kata tanpa mempedulikan apakah orang terima atau tidak.
Selain itu saya lihat Adnan seorang yang pengasih dan prihatin. Hari itu kebetulan dia membawa seorang cucunya. Dari jauh lagi saya sudah melihat dia memimpin tangan cucunya itu tidak lekang. Dia seorang datuk yang baik.
Walaupun isterinya disebelah, tetapi dialah yang 'mengasuh' cucu lelakinya, diberi makanan dan disapu-sapu mulut cucunya setiap kali cucu lelaki itu makan.
Karektor yang tertunjuk pada masa itu dapat saya menggambarkan mengenai hubungan Adnan dengan keluarganya dan juga rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.