Selasa, Mei 27, 2014


Heh! Ini satu tamparan hebat buat Si Gundik Kit Siang tu. Realitinya, perlaksanaan Hudud tu nanti mampu jugak membendung masalah gejala Sosial di Negara ni.

Setidak - tidaknya, orang macam dia segan jugak la dengan orang sekeliling sebab dia tak pakai tudung. Biarpun dia sepatutnya malu dengan Allah.

Tengok macam artis dari Brunei ni. Dek kerana Negara dia melaksanakan Hukum Hudud, dia hormat keputusan yang telah dibuat. Maka sebab itu dia mula pakai tudung. 

Itu membuktikan sekiranya perlaksanaan Hukum tersebut dibuat secara menyeluruh, maka tak mustahil perkara sedemikian boleh menjadi kenyataan. Mungkin benda macam tu la yang DAPigs takut. Diorang risau orang Islam ni bersatu padu!!!
PETALING JAYA: Pelakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud.

Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.

"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.

Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.

Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan.

"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.


"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya.
Categories:

1 ulasan:

  1. rocky de Langat says" waaa semut Hitam; maknanya lu pon sokong hudud laa? waaaaaaa gua tara sangka lu pon sokong hudud.... wa rasa mao nanges woooo wa rasa mao puluk itu bangla2 cleaner

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping