Selasa, Mei 13, 2014


Pelbagai persepsi kini mula menyelubungi dunia media sosial tatkala Malaysia dikejutkan dengan perubahan drastik tampuk kepimpinan Terengganu yang berlaku hari ini.

Rata - rata membangkitkan persoalan berkaitan dengan perubahan tersebut mengutarakan spekulasi mereka sendiri. Ianya berlaku kerana perubahan itu dibuat secara tiba - tiba.

Biarpun sebelum ini, desas desus kedengaran mengenai perkara tersebut, namun ianya masih belum dapat dibuktikan secara sah sehingga lewat petang tadi.

Persoalan utama yang ditanya oleh rakyat ialah sebab apa Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu secara tiba - tiba?

Jika diperhatikan dari draf kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (?) menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat untuk 'Memberi Laluan'.

Apa maksudnya dengan 'Memberi Laluan'? Ada yang kata, ianya membawa maksud ketidak-mampuan untuk Ahmad Said mempertahankan jawatan tersebut.

Adakah benar Ahmad Said tidak mampu untuk menggalas tugas sebagai seorang Menteri Besar? Jika dilihat kepada perkembangan semasa, ianya tidak seperti digambarkan.

Akar umbi dilihat lebih mudah mesra dengan karakter Ahmad Said yang dikatakan mudah cara dengan rakyat. Rakyat juga dikatakan dapat menerima pendekatan dia.

Satu lagi spekulasi yang bertebaran dilaman media sosial turut menyebut bahawa wujudnya perjanjian diantara Ahmad Said dengan Perdana Menteri.

Perjanjian itu katanya dibuat kerana keGAGALan Ahmad Said mempertahankan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang lalu bagi kerusi DUN.

Sebagai rekod, Barisan Nasional Terengganu hanya meraih 17 kerusi sahaja manakala Pakatan berjaya merampas 15 kerusi. Keadaan tersebut dilihat terlalu rapuh.

Maka sebab itu spekulasi sedemikian dijadikan penyebab dalam perletakkan jawatan Ahmad Said yang dibuat semalam. Tetapi adakah ianya wajar?

Dari satu sudut, tindakan menyalahkan Ahmad Said kerana GAGAL mendapatkan 2/3 majoriti bagi DUN Terengganu adalah satu tindakan yang tak masuk akal.

Ahmad Said boleh diibaratkan seperti seorang Pengurus Bolasepak dimana pemainnya ditentukan oleh pihak tertentu. Dia hanya perlu bermain dengan pemain yang disediakan.

Jadi, kenapa pulak bila pasukan tu kalah, Ahmad Said pula yang dipersalahkan? Kenapa pihak dari Putrajaya tu sendiri tak tanggung kesilapan yang telah dibuat?

Yang paling menarik ialah apabila perkara itu dibuat tergesa - gesa. Lewat petang tadi Ahmad Said serah watikah perletakkan jawatan, malam terus lantik Menteri Besar baru?

Itu diantara persoalan - persoalan yang diajukan oleh rakyat berkaitan dengan apa yang berlaku. Rakyat jadi pelik sebab perkara itu dilakukan pada ketika Barisan Nasional Terengganu dalam keadaan tidak seimbang. Ianya satu tindakan yang kurang bijak!!!
Categories: ,

15 ulasan:

  1. amat setuju dgn artikel di atas, di kala Mat Said semakin diterima olih rakyat , angin tidak ribut pun tidak, tiba2 tergesa menukar pucuk pimpinan... x faham ..huhu.

    BalasPadam
  2. Kalau nak kira gagal 2/3...rasanya najib ah gor yg patut hantar surat berenti PM. elok la najib berundur, kelam kabut betul la sejak dia jd PM.

    BalasPadam
  3. Bukan sebab kalah 2/3. Tapi sebab tak sebulu dgn Idris Jusoh. PM terpaksa bertindak akibat tekanan politik kem Idris Jusoh. Tak dapat majoriti 2/3 cuma alasan. Tun M tak pernah amal politik macam ni. Tun M tegas tapi rasional. Sejak digantikan Pak Lah dan Najib, UMNO makin lemah. Pemimpin atasan UMNO semuanya tong sampah. Pemimpin macam Ahmad Said patut kekal dan mantapkan kembali jentera UMNO.

    BalasPadam
  4. kesilapan paling bodoh UMNO. check mate diri sendiri. Ingatkan JKKK ja yang bodoh, rupanya yang kat atas pun sama

    BalasPadam
  5. Terlampau mendengar 'nasihat' tanpa dapat menilai baik-buruk 'nasihat'
    Setuju DSNTR patut letak jawatan lepas gagal pada PRU13.

    BalasPadam
  6. Siapa PUNAHSIHAT najib tuh!....adakah UMNO jenis ROBOT yg dibekalkan dengan perisian Self-Destruction?...

    BalasPadam
  7. Ahmad Said diarah letak jawatan semata-mata kerana kehilangan pesawat MH370 wekekekeke!

    BalasPadam
  8. kalau ye pun nk ganti mb baru...sabarlah hingga pru 14... ada sopan sikit...apa tujuan mereka...cpt naik ...cepat turun...ingat ....dunia ni bulat...

    BalasPadam
  9. Mat Said kena pecat sebab MH370 hilang wekekekeke! Kelaka ke alasan? Ape ada hal... janji ada alasan wekekeke

    BalasPadam
  10. Ahai.... janganlah gaduh, nanti jadi gila pula, ngata orang bodoh, bagaimana diri anda pula?

    BalasPadam
  11. Pengajaran yang akan menghancurkan Negeri dan Negara,Patutnya penesihat kena pecat dahulu,takziah buat penganti MB yg lemah pemikiran,hanya 2 dun sahaja lompat gagal jadi MB.kalau 16 mustahil terjadi.

    BalasPadam
  12. Pengajaran yang akan menghancurkan Negeri dan Negara,Patutnya penesihat kena pecat dahulu,takziah buat penganti MB yg lemah pemikiran,hanya 2 dun sahaja lompat gagal jadi MB.kalau 16 mustahil terjadi.

    BalasPadam
  13. He has done a good and splendid job. Those in Putrajaya only knows how to instruct people to do what they want. I think Malaysians should teach them a lesson. I think there will be a change in government soon. And Malaysians need not worry with the new government cos they'll manage Malaysia better than the present one.

    BalasPadam
  14. Hahaha....4:11PTG.....bunyi macam RBA nak mencuba nasib je......LOL!!

    BalasPadam
  15. umno dah lemah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping