Isnin, Mei 12, 2014


Itu tindakan yang sewajarnya diambil oleh Si Khalid Ibrahim tu terhadap seorang pemimpin PKR. Bukannya setakat buat penafian dan desakan yang bukan - bukan.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Manikavasagam (Mike) ni menjejaskan reputasi dia sebagai seorang pemimpin malah ianya mencalar kredibiliti seorang Menteri Besar.

Terdahulu, Si Mike ni mendakwa Si Khalid Ibrahim tu melakukan jenayah rasuah apabila cuba untuk membeli undi dalam pemilihan parti.

Mike sebelum ini telah mendedahkan rakaman perbualan telefon yang membuktikan dua orang pegawai Khalid mengugutnya supaya menarik diri dari bertanding.

Malah tuduhan Mike tu jugak turut disokong oleh seorang calon Naib Ketua Anak Muda Kecoh (AMK) bagi Cabang Kuala Selangor yang turut mempunyai bukti kukuh.

Katanya, mereka mempunyai bukti pemberian wang sebanyak RM 20 bagi jawatan Timbalan Presiden dan RM 30 bagi jawatan Ketua Cabang kepada pengundi.

Namun tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Mike telah dinafikan oleh Si Khalid Ibrahim tu dalam satu sidang media yang diadakan semalam.
"Tidak, saya tak bayar pengundi. Mana pula datang duit RM50 untuk bayar setiap orang?," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan politik wang membabitkan beliau pada pemilihan PKR cabang itu di sini hari ini.
Khalid juga turut mencabar pihak yang dikatakan mempunyai bukti tersebut untuk membuat laporan kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diambil tindakan.

Eh! Apa hal pulak nak laporkan kepada JPP sedangkan ianya satu kes rasuah? Kes rasuah tetap dianggap jenayah beb. Mana boleh setakat nak buat laporan kepada JPP.

Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin yang benar - benar memperjuangkan agenda Anti Rasuah dan Korupsi, Si Khalid tu patut cabar diorang buat laporan kepada SPRM.

Biar SPRM yang siasat kes tersebut. Baru betul caranya. Kalau setakat lapor kepada JPP, diorang ambik dan buang dalam tong sampah je. Dimana Keadilannya kalau macam tu?

Jika tuduhan yang dibuat tu tak betul, kenapa Si Khalid Ibrahim tu tak ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap mereka? Jangan la dia nak tunjuk yang dia tu BACUL sangat!!! Malu la jadi Menteri Besar kalau maruah sendiri pun dia tak mampu jaga!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Cerita pemimpin pakatan bergaduh sesama sendiri ni dah selalu dengar. Rakyat yang sedar tahu mereka bergaduh dalam nak menegakkan kebenaran.

    Berbeza dalam barisan yang bergaduh nak berebut jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...itu bkn jawatan ker

      Padam
    2. Alamaknya....kebodohan macai macai pr sungguh menyedihkan.

      Padam
  2. apa bongok sangat statement, klu nak pertahankan pr sekalipun ckp la guna otak jgn guna bontot...bergaduh menegakkan kebenaran konon padahal isunya perebutan jawatan...patutla jd hamba dap je sbb bodoh sgt ahli pkr n pas ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping