Rabu, Mei 14, 2014


Halamak ai!!! Ini satu lagi perangai pelik pemimpin Politik ni. Kot ye pun kecewa, takkan la sampai tahap sanggup bunuh diri sendiri. Bertindak biar la rasional.

Nak sangat ikutkan hati yang marah, jangan la buat kerja yang tak masuk akal. Berfikir biar la guna otak sikit. Jangan suka sangat ikut Kepala Lutut. 

Penyudahnya menyusahkan diri sendiri je. Tak mendatangkan faedah lansung. Akhirnya nanti, menyesal tak sudah pulak dibuatnya. Sekarang, mana nak letak muka?

Jika semalam kita dengar kata ADUN Bukit Besi buat keputusan untuk kekal semula sebagai ADUN Barisan Nasional. Kali ini giliran ADUN Ajil pulak nak kembali ke pangkuan UMNO.

Makanya jika keadaan itu berlaku, memang benar la BN masih lagi memerintah di Terengganu biarpun Ahmad Said kekal sebagai ADUN Bebas.

Jika dilihat dari kedudukan semasa dengan mengambil kira perkembangan terkini tersebut, BN masih ada 16 kerusi, manakala Pakatan kekal 15 dan Bebas 1.

Cuma yang nak ditegur ialah laporan media arus perdana. Kalau ye pun nak BN terus kekal memeritah Terengganu, jangan memalukan diri sendiri boleh tak?

Sejak bila pulak Speaker DUN termasuk sekali dalam komposisi Dewan? Speaker dilantik oleh Dewan. Dia tak termasuk komposisi majoriti yang membentuk Kerajaan.

Jangan la dek kerana teruja sangat nak buat laporan sampai fakta macam tu pun nak diselewengkan jugak. Kot ye pun nak menipu, agak - agak la!!! Mana hilangnya profesionalisme dalam membuat laporan!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Kes bunuh diri dan cubaannya di kalangan orang Islam di negara ini semakin meningkat. Menyerlahkan lemahnya tarbiah agama di bawah pemerintahan barisan.

    BalasPadam
  2. 5:31PTG, jadi tabiat meliwat dan berzina dan menipu dan mengkhianat di dalam pimpinan pakatan tu menyerlahkan apa??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping