Heh! Kalau baca tajuk macam kat atas tu baru la gempak beb. Baru la betul - betul boleh dijadikan bahan berita. Kalau setakat kena serang dengan mulut apa barang beb.
Buat kata orang Ulu Tembeling, 'Mengabihkan beras je kerjanya'. Tak mendatangkan sebarang faedah lansung nak serang orang dengan guna mulut ni.
Tambah menghairankan, serangan yang dibuat secara depan - depan oleh sebilangan ahli PKR Kuala Selangor terhadap Si Khalid Ibrahim ni hanya serangan kosong.
Biar pun pedih telinga Si Khalid Ibrahim tu mendengarnya, tapi adakah itu mampu menggugat kedudukan yang dia ada pada hari ini? Tak tergugat der!!!
Korang maki hamun la dia berbakul - bakul. Korang buat la tuduhan kat laman media kata dia mengamalkan rasuah dan sebagainya. Tapi dia masih tetap Menteri Besar Selangor.
Lepas tu, punya cerdiknya puak - puak yang datang 'menyerang' tu hanya buat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti. Itu je caranya diorang nak tumbangkan Khalid?
Alamak ai!!! Lemah betul pemikiran beruk - beruk dalam PKR ni. Kalau diorang betul - betul yakin yang Si Khalid Ibrahim tu mengamalkan rasuah, buat laporan kepada JPP untuk apa?
Kalau ada bukti, bawak terus kepada SPRM. Buat laporan Polis, biar diorang yang ambik tindakan. Kalau setakat buat laporan kepada JPP tak mendatangkan faedah beb!!! Buang masa je korang buat laporan tu. Penyudahnya, dalam bakul sampah jugak duduknya!!!
PETALING JAYA 16 Mei - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diserang secara lisan dengan menggelar "Khalid penipu! Khalid rasuah," oleh ahli cabang Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan parti di cabang tersebut dibatalkan.
Ahli Cabang PKR Kuala Selangor Zulkifli Abdullah berkata, sepatutnya Khalid Ibrahim tidak melanggar etika lembaga parti dengan melakukan pekara yang bercanggah.
"Sebagai seorang pemimpin harus tampilkan sifat terpuji, dia hanya memalukan Kuala Selangor sahaja.
"Dia tahu sudah kalah, dia buat strategi untuk membatalkan pemilihan," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.
Suasana di perkarangan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya kecoh seketika apa bila Khalid Ibraahim di hembur dengan kata kesat oleh Zulkifli. Khalid terkejut dan terpinga-pinga terus bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan Ibu Pejabat PKR.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.