Akhirnya, Si Ostazah Pening tu akan failkan perceraian dengan suami pucuk muda dia dimahkamah esok. Tak sampai setahun kahwin, dah bercerai.
Mungkin itulah bahananya bila suka sangat mendabik dada kata dia lagi bagus dari orang lain. Bagi tarbiayah songsang kat orang pandai sangat sedangkan diri sendiri pun tak betul!!! Cakap je pandai, tapi HAMPAS belaka buat apa!!!
KUALA LUMPUR 28 Mei - Pelakon Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok.
Utusan Online difahamkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.
Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik.
"Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya.
Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
PS: SH ambik kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga DiRaja Perak serta seluruh rakyat Darul Ridzuan diatas kemangkatan Tuanku Sultan Perak. Semoga tuanku ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Dah kembang..hacus.mana org muda nak
BalasPadamApalah Ostazah ini. Kalau nak kahwin pun fikirlah masak-masak, yang sama padan. Ini dah nak fail divorce. Kesian kat anak-anak yang masih kecil. Apa apa pun kuatkan semangat dan bela anak-anak sebaik mungkin supaya menjadi insan yang berguna pada masa depan.
BalasPadam