Semalam sibuk orang cerita pasal insiden yang melanda beberapa Cabang PKR di Selangor terpaksa dibatalkan kerana berlaku penyelewengan dan kekecohan.
Dilaporkan sebanyak 12 Cabang PKR Selangor ditangguhkan atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya penipuan dan ketidak-telusan dalam proses pemilihan.
SHAH ALAM — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila 12 daripada keseluruhan 22 pemilihan cabang parti itu di Selangor dibatalkan hari ini atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.
Selain Kuala Selangor, pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.
Itu baru di Selangor beb. Belum masuk Cabang - Cabang lain yang ditangguhkan keputusannya sebelum ini. Kalau dicampur semua, banyak jugak yang masih tertangguh.
Dalam kenyataan hari ini, penyandang Naib Presiden, Si Nurul Izzah tu mengakui insiden kekecohan yang berlaku melibatkan faktor 'Human Nature'.
Eh! Boleh pulak dia nak libatkan faktor manusia dalam kelemahan pemilihan parti dia sendiri. Kalau dengan SPR, kenapa tak wujud pulak faktor 'Human Nature' tu?
Sementara itu, dalam kenyataan lain, Si Nurul Izzah dikhabarkan masih mengharapkan kemenangan buat Siputdin dalam merebut jawatan Timebalan Presiden PKR.
KUALA LUMPUR 10 Mei - Calon naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata rakan sepasukan dalam pemilihan PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih mempunyai peluang, walaupun tipis, untuk memenangi persaingan bagi jawatan timbalan presiden parti.
"Saya rasa tak nak sebut 'keajaiban' (untuk Saifuddin menang) tetapi kena lihat juga 17 cabang yang akan undi semula and keputusan 17 cabang itu akan beri sedikit indikasi siapa yang menang.
Persoalannya, mampu ke Cabang - Cabang yang digantung dan ditangguhkan keputusannya itu memberi kemenangan yang mencukupi kepada Si Siputdin tu?
Kalau mampu, memang AJAIB bebenor le. Kiranya, memang hebat sungguh la Si Siputdin tu sebab mampu mengejar Si Azmin yang berada jauh dihadapan.
Bayangkan. Jika berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh JPP Jumaat lepas, Si Siputdin tu ketinggalan sebanyak 4,159 undi dibelakang Azmin.
Jika dilihat kepada jumlah ahli yang keluar mengundi disetiap kawasan, ada yang tak sampai 10 peratus pun. Macam mana Si Nurul Izzah tu masih berharap pada Si Siputdin tu?
Kot ye pun dia terasa emosi terganggu, jangan la sampai nak mengharapkan benda yang tak masuk akal Nurul oi!!! Buat malu kat orang je. Daripada dia dok sibuk nak jaga suami orang, baik dia balik rumah jaga suami dan anak - anak. Ada jugak faedahnya!!!
mereka ni memang pun lidah bercabang....
BalasPadam