Heh! Ingatkan PAS ni ada la kredibiliti sendiri bila kemelut kepimpinan melanda Negeri Terengganu baru - baru ni. Ingatkan diorang tak nak la ambik kesempatan.
Seperti mana yang dijelaskan oleh pemimpin mereka tatkala isu menjadi perbualan hangat sebelum ini, PAS katanya tidak akan buat seperti mana yang dilakukan oleh BN di Perak.
Malah mereka turut menegaskan, usaha untuk menarik tiga orang ADUN yang isytihar Bebas sebelum ini bukan menjadi keutamaan PAS.
"Buat masa sekarang itu (menarik mereka menyertai PAS) bukan keutamaan kita. Kita tumpu untuk pilihan raya negeri diadakan," katanya yang juga Adun Paka.
Itu yang dijelaskan didalam media. Tapi sebaliknya lain pulak yang dimaklumkan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu dalam kenyataan media dia hari ini.
Kata Datuk Seri Ahmad Said, ada dikalangan pemimpin PAS yang datang berjumpa dengan dia dan membuat tawaran untuk bersama - sama memerintah Terengganu.
"Saya sanggup menolak tawaran PAS untuk kekal berkuasa jika menubuh kerajaan negeri bersama parti mereka sebab saya masih sayangkan UMNO,"PAS datang jumpa saya kata nak kekalkan saya sebagai Menteri Besar tetapi saya tak nak," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, sebentar tadi.
Nah! Apa lagi yang PAS nak cakap selepas tembelang mereka ni didedahkan kepada umum? Adakah diorang hanya akan setakat berdiam diri bila agenda mereka terbongkar?
Persoalannya, siapa yang bercakap benar dalam situasi sekarang? Adakah PAS benar - benar tidak cuba memancing Mantan Menteri Besar Terengganu tu untuk bersama mereka?
Atau adakah Si Ahmad Said tu hanya cuba membangkitkan isu berkenaan semata - mata untuk memburuk - burukkan PAS bagi menutup konflik yang berlaku?
Walau apa pun keadaannya, usah la PAS berangan - angan nak mengapai bintang dilangit. Kemungkinan mereka ingat rahsia mereka takkan bocor. Tapi Kebenaran tertegak juga akhirnya. Penyudahnya, diorang jugak yang berputih mata!!!
Burung terlepas tangan kena taik.
BalasPadamap marah sangat ada PAS tu tolong chek diri dulun macam awak hidup seribu tahun ingat siokit pasal hari kemudian jangan caka ikut perasaan sangat saya dah lihat ramai orang dulunya tegak macam nak menongkat langit tapi akhirnya tunduk malu sendiri
BalasPadamDikala mabuk, merapulah......he..he
BalasPadam