Terbaik lah!!! Kalau macam ni gayanya, rasa macam nak tukar parti pulak. Baik masuk PKR, baru betul - betul boleh bersuara. Diorang bagi kebebasan mutlak.
Mana - mana ahli yang nak komen mengenai penyelewengan parti, nak kritik proses pemilihan, nak pertikaikan kepimpinan, diorang boleh buat secara terbuka.
Tak de sebarang tindakan yang akan diambil biar pun segala kritikan, komen serta pertikaian itu dilakukan secara terang - terangan dan melibatkan pihak media.
Sebab PKR ni memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara. Jadi, tak mungkin diorang akan kenakan tindakan terhadap mana - mana ahli yang nak bersuarakan, betul tak?
Tak de la macam UMNO. Pantang bercakap sikit je, dah kena tindakan. Baru bagi pandangan je, dah kena kecam. Tegur sikit, terus kena bagi amaran.
Kalau kritik kepimpinan, kena gantung keahlian. Kalau pertikaikan arahan, terus kena pecat. Patut la orang muda tak suka ikut UMNO gamaknya.
Mungkin sebab itulah Si Chagubard ni terima nasib yang sama. Mungkin Si Chagubard ni ahli UMNO agaknya. Maka sebab itu dia pun dikenakan tindakan digantung keahlian.
Hanya semata - mata kerana mengkritik kepimpinan parti dan mempertikai proses pemilihan, terus keahlian dia digantung. Manakala kawan dia kena pecat terus.
Erk! Si Chagubard ni ahli UMNO ke? Mungkin korang boleh tolong jelaskan sikit. UMNO ke PKR yang tak memperjuangkan Kebebasan Hak Bersuara ni? Konfius kejap kita dibuatnya.
Al-maklum la. Kan puak - puak PKR tu selalu kata yang UMNO ni menghalang hak kebebasan rakyat untuk bersuara. Bagi diorang, UMNO ni semuanya tak betul belaka. KONONnya, diorang je yang betulnya!!! Tapi memang betul la, betul macam GAMPANG!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard digantung keahliannya serta-merta selepas didapati bersalah membuat dakwaan terbuka ke atas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melalui media.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, turut mengumumkan pemecatan Md Yusop Kamaruddin dari Cabang Pasir Salak selepas ingkar arahan surat penggantungan dengan membuat kritikan terbuka melalui laman sosial ke atas JPP.
“Lembaga Disiplin telah meneliti dan mengadakan siasatan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota dan kes sudah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik pada 27 Mei lalu yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Berikutan itu keputusan memecat Md Yusop dan menggantung keanggotaan Badrul Hisham sehingga siasatan ke atasnya selesai dibuat,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.