Huh!!! Memang pelik sungguh peel YAB Menteri Besar Pahang ni. Jarang kita jumpa orang macam MB Pahang ni kat Malaysia. Mungkin ada, tapi tak ramai la.
Kalau orang lain, diorang akan bagi seribu satu alasan untuk tidak menunaikan janji yang telah dibuat sebelum ini. Macam - macam cara diorang akan guna untuk mengelakkan diri.
Sampai ada sorang tu terpaksa angkat sumpah depan Sultan semata - mata untuk memastikan yang dia tetap akan tunaikan janji dia tanpa sebarang alasan.
TAPI berbeza pulak dengan MB Pahang ni. Seboleh - bolehnya dia nak tunaikan janji yang telah dibuat secepat yang mungkin dan ianya dilaksanakan satu persatu.
Kalau sebelum ini, janji untuk melaksanakan pembinaan Projek Rumah Rakyat (PR1MA Pahang) sebanyak 15ribu unit sudah pun hampir disiapkan dalam tempoh setahun.
Malah kata MB Pahang, Akujanji untuk menyediakan sebanyak 15 ribu unit yang dibuat sebelum ini dikhuatiri tidak mampu untuk dilaksanakan sepenuhnya.
“Kita janji 15,000 ni kalau kot 15,000 ni payah dicapai. Rupanya mudah sangat, tak sampai setahun hampir dah 15,000. Kalau macam tu patut kita boleh janjikan 15 (,000) X 5, 75,000 unit!
“Di sini saya ingin sebutkan, kita akan teruskan usaha ini. Apabila sasaran (15,000 unit) telah dicapai, kita akan teruskan. Dan setakat ini, kita telahpun melaksanakan beberapa projek dan keluasan yang terlibat 29 kawasan, seluas 1,200 ekar,” katanya.
Nah!!! Itu satu akujanji yang dah ditunaikan. Kali ini berkaitan dengan akujanji yang dibuat untuk membangunkan belia pulak turut diberikan perhatian.
Dalam akujanji BN Pahang yang lalu, sebanyak 6 perkara yang ditumpukan kepada golongan telah pun disenaraikan. Diantaranya ialah memberi bantuan pengurusan kepada persatuan.
Jika sebelum ini, setiap persatuan Belia yang berada diperingkat akar umbi menerima bantuan sebanyak RM 2,000 setahun. Jumlah tersebut akan ditambah sebanyak RM 3,000.
Malah MB Pahang juga turut mengakui bahawa Belia merupakan golongan terbesar yang bakal menerajui kepimpinan Negara dimasa akan datang.
Maka sebab itu MB Pahang yakin Barisan Nasional akan dapat tunaikan ke semua akujanji yang dibuat untuk Belia sebelum ini. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan tu. Kalau berjanji bulan dan bintang. Tapi penyudahnya, hapah pun tak mampu nak dibuatnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.