Sabtu, Jun 21, 2014


Pas Selangor digesa mengambil tindakan tatatertib terhadap ahlinya yang dilihat cuba mencemar dan menghina kedaulatan dan Institusi Raja  negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan empat pemimpin Pas Selangor mendesak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya  tidak diberi kuasa dengan meminda enakmen dalam menjaga kedaulatan Islam di negeri ini adalah penghinaan kepada Sultan.

Menurutnya, Pas Selangor tidak boleh lepas tangan terhadap tindak tanduk ahlinya walaupun kenyataan ahli itu dikatakan hanya sekadar pandangan peribadi.

"Sekiranya Pas memperjuangkan dan mempertahankan institusi raja di negeri ini maka mereka perlu ikhlas serta jujur dalam prinsip perjuangan mereka.

"Tidak kira apa jua tindakan yang diambil, Pas harus tegas kerana secara tidak langsung, kenyataan tersebut telah menghina Sultan yang menjadi lambang perpaduan ," katanya kepada Sinar Harian.

Menyentuh perkara sama, Noh berkata, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, tidak semua perkara boleh dipolitikkan.

Jelasnya dalam isu ini, jangan kaitkan agama dalam politik dan hormati Sultan kerana baginda adalah ketua agama.

"Isu agama jangan sesekali dipolitikkan kerana ia sangat sensitif dan boleh memecahkan perpaduan," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping