Jumaat, Jun 20, 2014


Itu persoalan yang diajukan oleh salah seorang blogger Pro Pakatan Haramjadah tu sewaktu isu berkaitan dengan usul perlaksanaan Hudud di Selangor dibangkitkan.

Memandangkan hari ini hari terakhir sidang DUN Selangor (atau dah habis dah semalam?) maka wajar juga isu ini kita bentangkan semula agar ianya menjadi ikhtibar.

Tajuk persoalan diatas sama macam apa yang diutarakan oleh blogger Pro Pakatan tu sendiri. Agak - agak berapa ramai ADUN PAS yang setuju dengan usul pasal Hudud tu?

Jika ianya dibentang, berapa ramai dikalangan wakil - wakil Melayu Islam dalam sidang DUN Selangor tu yang akan menyokong? Dan berapa orang pulak yang menentang?

Soal itu perlu dijelaskan oleh PAS Selangor memandangkan diorang berkeras menolak usul yang diketengahkan oleh wakil dari UMNO Selangor sebelum ini.

Dari 15 orang wakil ADUN mereka, siapa diantaranya yang akan menyokong agar Selangor juga turut mempraktikkan Hukum Hudud dimasa akan datang?

Jika ikut senarai, wakil Melayu Islam ada lebih kurang 38 orang ADUN yang berketurunan Melayu dan beragama Islam dalam sidang DUN Selangor tu sendiri.

Maka, dari jumlah tersebut ianya sudah lebih dari mencukupi untuk meluluskan usul mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tu agar ianya dilaksanakan di Selangor.

Persoalannya sekarang, adakah semua wakil dari kalangan Melayu Islam dalam sidang DUN Selangor tu akan setuju untuk melaksanakan Hukum Hudud?

Atau ada dari kalangan mereka yang lebih rela digelar sebagai KAFIR kerana menolak perlaksanaan Hukum Islam sebagai mana takrifan yang dibuat oleh PAS selama hari ini?

SH berani jamin, belum tentu lagi semua ADUN PAS akan setuju dengan cadangan yang diketengahkan oleh wakil dari UMNO dalam sidang DUN tu.

Jadi, tak payah la diorang sibuk nak buat cerita kononnya UMNO ni setakat 'gempak' je nak bentangkan usul Hudud sedangkan diorang sendiri pun tak menyokong!!!

Kalau setakat pandai RETORIK je bercerita pasal nak laksanakan Hukum Hudud sedangkan nak sokong usul pun diorang tak berani, baik tak payah cakap banyak la!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping