Khamis, Jun 05, 2014


Selepas melalui pelbagai kontroversi termasuklah isu merampas suami orang, pelakon Hanez Suraya pada Rabu secara tiba-tiba membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, permohonan maaf itu ditujukan secara umum khususnya kepada individu yang pernah terkait dengan dirinya.

"Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez.

"Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak," katanya,

Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang permohonan maaf yang dimuat naik melalui laman sosial Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Antara lain, dalam status tersebut, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang banyak memberi teguran kepadanya.

Dia juga menerima teguran tersebut secara positif  dengan hati yang terbuka untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Terdahulu, Hanez dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga seorang wanita Nurliyana Abd Manan apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga suami wanita berkenaan iaitu Romie Razin Adilha, 34.

Manakala, pada 22 Mei lalu, Hanez dan Romie menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka ke Bangkok telah tersebar di akaun Facebook.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada permohonan maaf itu ditujukan kepada isteri kekasihnya itu, Hanez enggan memberi sebarang komen.

"Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang," ujarnya kepada mStar Online.
Categories:

6 ulasan:

  1. Apa tersilap makan julap tetiba hari ini rasa steam dan tergerak hati nak mohon maaf kepada entah siap siapa....Ayoyo!!! Bukan minta maaf secara general macam tu, kamu kena minta ampun dan bertaubat sebab tak ada yang betul dengan segala yang kamu lakukan bersama kekasih kamu itu. Segala tindakan yang telah kamu lakukan itu bukan disebabkan kamu berdua betul, tetapi lebih kepada rasa kamu berhak (hak asasi manusia yang tengah angau) yang lebih terdorong oleh nafsu.

    BalasPadam
  2. Saya tak kenal sangat sapa pompuan ni, sapa kekasih dia atau sapa isteri kekasih dia...cuma yang saya tahu dari membaca satu dua artikel ialah tentang pergi BKK, saman MAS, laki orang, artis.
    NO CLASS!!

    BalasPadam
  3. Takde job ler tu... Huhuhu... But still ego....

    BalasPadam
  4. standard artis melaya....ada muka sikit, dah mula perasan. Buat malu artis-artis yang profesional saja depa tu.....

    BalasPadam
  5. MULA-MULA:

    “Statement memang keluar dari Hanez sendiri, Hanez TAKNAK SOROK daripada siapa-siapa, benda yang baik BUAT APA NAK DISOROKKAN.”

    “Yeke, suami orang, TAK TAU, TAK PERNAH TAU.”

    “Selama Hanez dengan dia, takde pun Hanez kena serang kacau suami orang. Memang takde orang kacau pun.”

    “Kalau dia ada bukti, tunjukkan saya pergi holiday dengan boyfriend saya, kenapa DIA TAK TUNJUK JE? Kalau saya kacau suami awak, kenapa AWAK TAK DATANG CARI SAYA JE?”

    “Tiada istilah Hanez ganggu rumahtangga orang, Hanez pun TAKNAK. Kalau dari awal Hanez tau dia ni berstatus suami orang, Hanez pun TAKNAK cari risiko sendiri.”

    “Tidak semudahnya untuk Hanez MERAMPAS hak orang.”

    “Mungkin di sini ada baur-baur yang TIDAK BERPUAS HATI. Sekiranya Hanez ganggu rumahtangga orang, kenapa TAK SERANG HANEZ AWAL-AWAL?”

    “Jangan bermain dengan api, jika silap langkah, dia yang kena. KALAU ADA BUKTI, YES BUKTIKAN.”

    “Sekiranya dia adalah suami orang dan hubungan dia bersama isteri dia masih baik dan tiada apa-apa masalah, HANEZ BERSEDIA UNTUK MENGUNDUR KE BELAKANG.”

    (Petikan jawapan Hanez Suraya Abdul Aziz dalam Melodi, TV3, 23 Februari 2014.)


    SELEPAS ITU:


    “FITNAH mendakwa saya RAMPAS suami orang dan menghasut lelaki itu untuk ceraikan isterinya tak betul sama sekali. Saya akan buat PC (siding media) dalam masa terdekat.”

    “Sebenarnya lelaki itu adalah DUDA ANAK DUA ketika kami mula berkawan dan BUKAN SUAMI ORANG seperti yang didakwa.”

    “Kenapa bekas isterinya memFITNAH saya MACAM-MACAM selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?”

    (Petikan kenyataan Hanez Suraya Abdul Aziz dalam Harian Metro, 25 Februari 2014.)


    TETAPI BEBERAPA HARI KEMUDIAN:


    “Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang DUDA baru-baru ini.”

    “Saya TAHU STATUS DAN CERITA SEBENAR MEREKA (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang.”

    (Petikan kenyataan Hanez Suraya Abdul Aziz dalam Harian Metro, 28 Februari 2014.)


    DAN SETERUSNYA:


    “Saya tahu apabila jadi public figure, orang lebih cenderung untuk lihat yang negatif sahaja. Tak bolehlah macam itu. Janganlah yang buruk semuanya dihumbankan ke muka artis.”

    (Petikan kenyataan Hanez Suraya Abdul Aziz dalam Kosmo Ahad, 2 Mac 2014.)


    DAN SETERUSNYA:


    “Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada INGIN MEMOHON MAAF ATAU PUN TIDAK dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya.”

    “Saya rasa selepas ini DIA TIDAK PERLU LAGI MENGGUNAKAN MEDIA untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup antara saya dan dia sahaja.”

    (Petikan kenyataan Hanez Suraya Abdul Aziz dalam Astro Gempak, 7 Mac 2014)


    OLEH ITU INGATLAH KATA-KATA HIKMAH:


    “JUST BE YOURSELF, bersahaja dengan diri sendiri, JANGAN ADA DUA PERIBADI YANG BERBEZA. One fine day akan keluar juga your TRUE COLOURS. Orang akan lebih suka dengan kita kalau kita jadi diri sendiri”

    (Petikan jawapan Noor Neelofa, dalam Melodi, TV3, 1 Jun 2014.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergh! terperinci siot! aq ingat org politik je yg kena ekspos smpai tahap mcm nih. perenggan paling last mmg x bleh blah, bukan ke dorang bedua nih mmg retis yg bff ke? abisla dorang klau asik kena ekspos tahap mcm nih, cari psl ngan salah org kot. tobat2.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping