Ahad, Jun 01, 2014

"Kenapa Mak jadi mangsa Nyah???" 
Wah!!! Nampak gayanya kemelut dalaman PKR ni masih belum selesai rupanya. Banyak lagi cerita menarik mengenai 'Pesta Buih' diorang tu yang masih belum terdedah.

Jika tadi kita dah baca cerita pasal Si Ketua Penipu tu kena tengking. (KLIK SINI). Kali ini, giliran Si Rafizi tu pulak kena ugut. Tapi pasal apa pulak dia kena ugut?
KEMAMAN: Kira-kira 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kemaman mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.

Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.

Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.

“Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya.
Oh! Rupanya sebab ada orang yang tak suka kalau dia jadi Ketua Cabang PKR Kemaman. Eh! Kenapa pulak orang tak suka? Kan Si Rafizi tu bagus buat kerja?

Bukan ke dia pandai Menipu Rakyat dan Menabur Fitnah tak tentu arah? Jadi, kenapa pulak ada orang tak suka pada dia? Kiranya, tak de la hebat sangat Si Rafizi tu ye tak.

Kalau kita jadi ahli PKR Kemaman pun, dah tentu - tentu kita pun akan buat benda yang sama. Kita pun akan rasa tak puas hati dengan dia. Maka sebab itulah dia diugut.

Mana tidaknya. Dah jadi Ahli Parlimen Pandan, yang dia sibuk nak jadi Ketua Cabang Kemaman buat apa? Suruh la dia bertanding dikawasan Parlimen dia. Jangan la menyusahkan orang je kerjanya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mungkin dorang tak suka pondan gemuk gebu ni jadi ketua cabang dorang?

    BalasPadam
  2. Buat apa keluar molot buaya masuk molot naga.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping