Ahad, Jun 22, 2014


Heh!!! Selama ini puas la puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu mendabik dada mengatakan yang diorang ni parti Reformasi dan dilahirkan untuk mengubah Politik Malaysia.

Rupanya, PKR ni tidak la seperti mana yang didakwa selama hari ini. Diorang ni POYO je kata diorang memperjuangkan Reformasi dan sebagainya. 

Semuanya hanya RETORIK semata - mata. REALITInya, PKR bukan parti Reformasi. Tapi sebaliknya PKR ni hanya sebuah parti yang dirampas oleh puak - puak Si Ketua Penipu tu.

Jika kita rujuk balik kewujudan asal PKR, tujuan diorang hanya untuk memperjuangkan nasib malang yang menimpa Si Ketua Penipu tu je. Bukannya diorang ada tujuan lain.

Tapi pada ketika itu, nak menubuhkan sebuah parti baru yang tak jelas hala tuju sudah tentu akan menjadi sukar. Nak pulak bila diorang perlu buat pendaftaran dengan RoS.

Ianya akan memakan masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan sebab pada waktu itu, pemimpin PKR pun tak de hala tuju yang jelas. Diorang setakat tau buat Kecoh je.

Maka, satu tindakan yang paling efektif telah dilakukan. Caranya ialah dengan merampas sebuah parti Politik yang selama ini hanya umpama 'Kerap Atas Batu'.

Dalam laman WiKipedia, PKR dikatakan telah merampas Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia untuk memotong jalan pintas dari mengabiskan masa buat pendaftaran baru.

Kiranya, sejak dari dulu lagi PKR ni hanya merupakan golongan puak - puak Perampas yang rakus nak mengejar kuasa demi memperjuangkan Si Ketua Penipu tu semata - mata.

PKR bukan la parti yang berteraskan kepada kepentingan rakyat. Sebaliknya, PKR hanya sebuah organisasi yang dicipta untuk memperjuangkan kehendak pemimpin tertentu.

Jadi, tak heran la bila dalam PKR ni sentiasa wujud konfrantasi kepimpinan dalaman sehingga mampu menimbulkan kekecohan tak tentu arah.

Nak buat pemilihan pun makan masa berbulan - bulan sampai tahap ada yang berdarah kepala dan sebagainya. Tu belum cerita bab penyelewengan dan amalan rasuah lagi.

Kesimpulannya, ahli PKR ni tak layak nak mendabik dada mengatakan yang diorang semuanya pejuang Reformis. Kalau nak memperjuangkan Reformasi, baik diorang betulkan dulu parti sendiri. Kalau itu pun diorang tak mampu buat, tak payah banyak cakap!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping