Heh! Itu REALITInya. Jika sebelum ini isu berkaitan dengan Polemik pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor tu kuat bergema dikalangan puak - puak PKR.
Apa yang jelas, mereka yang tak sehaluan dengan kepimpinan Si Khalid Ibrahim tu tak henti - henti menimbulkan kekecohan demi menonjolkan kelemahan dia sebagai Menteri Besar.
Tapi yang peliknya, sebelum ini PAS Selangor jugak yang kecam tindakan PKR sewaktu Bekas ADUN Kajang meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu.
PAS Selangor pada waktu itu membantah keras perbuatan yang dilakukan oleh PKR dan menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat.
Malah, PAS juga turut mempertikaikan agenda 'Langkah Kajang' dalam usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pada ketika itu.
IRONIKnya, dalam masa yang sama, PAS Selangor telah menyatakan pendirian mereka secara terbuka mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Katanya, PAS hanya akan bersetuju dengan tindakan PKR sekiranya kerusi Menteri Besar itu diserahkan kepada mereka. PAS selama hari ini mendakwa mereka lebih layak.
Maka sekarang timbul satu persoalan tatkala beberapa pemimpin PAS Selangor mula bersuara mendesak agar Si Khalid Ibrahim tu mengosongkan kerusinya.
Adakah PAS masih berpegang kepada pendirian yang telah dibuat sebelum ini dan masih kemaruk nak merebut jawatan Menteri Besar Selangor tu dari PKR?
Atau, adakah mereka lebih rela untuk terus menjadi Pak Angguk Saja kepada PKR serta DAPigs dengan mengabaikan pendirian yang telah dibuat sebelum ini?
Sewajarnya PAS perlu belajar dari apa yang mereka dah hadapi pada ketika ini. Yang ada depan mata tu, PAS kena tengok elok - elok dan jangan dibutakan diri dari Kebenaran.
HAKIKATnya, PKR ni memang tak pandai nak memerintah. Nak urus-tadbir parti sendiri pun diorang tak mampu. Apatah lagi nak menguruskan sebuah Negeri.
Jadi, PAS perlu ambik peluang ini untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri dari cengkaman PKR agar dapat memperbetulkan keadaan. Jangan setakat pandai bercakap je.
Kalau itu pun PAS masih nak buat - buat tak nampak, memang sah la diorang ni jenis manusia yang Buta Perut dan Buta Hati. Benda yang jelas macam tu pun kalau diorang tak nampak, memang BODOH la namanya!!!
Pas memang teringin sangat jawatan mb tu, tapi mana ada calon pas yang layak nak jadi mb, Pemimpin pas hanya layak jadi pecacai pkr dan anjing DAP je..
BalasPadamPas memang teringin sangat jawatan mb tu, tapi mana ada calon pas yang layak nak jadi mb, Pemimpin pas hanya layak jadi pecacai pkr dan anjing DAP je..
BalasPadam