Khamis, Jun 12, 2014


Heh! PKR ni semakin hari semakin pening dibuatnya. Lepas satu persatu permasalahan timbul akibat pemilihan parti yang masih tak selesai sehingga hari ini.

Makin hari bukannya bertambah baik. Tapi bertambah buruk dan memalukan. Ini ke parti yang hari - hari mendabik dada kata diorang mampu nak ambik alih Kerajaan Malaysia?

Nak uruskan parti sendiri pun diorang tak mampu, macam mana diorang nak uruskan Negara dimasa akan datang? Kalau setakat bercakap je baik tak payah.

Isu berkaitan dengan kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam PKR hari ini hanya menimbulkan persoalan demi persoalan yang jelas tidak ada jawapan jitu.

Semalam PKR umum penggantungan keahlian terhadap S. Manikavasagam ditarik balik setelah parti itu mendengar penjelasan yang dibuat oleh Bekas Ahli Parlimen Kapar itu.

S. Manikavasagam atau lebih dikenali sebagai "Mike" telah digantung keahliannya pada 11 Mei ekoran tuduhan terbuka yang dibuat terhadap Khalid Ibrahim sebelum ini.

Mike menuduh Khalid mengamalkan Politik Rasuah sewaktu proses pemilihan dijalankan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Semalam juga, PKR turut dilaporkan telah mengambil tindakan terhadap salah seorang pengikut Khalid yang turut didakwa mengamalkan Politik Rasuah. (Klik Sini).

Maka persoalannya sekarang, adakah tindakan PKR yang menarik semula hukuman terhadap Mike membenarkan tuduhan yang telah dibuat?

Adakah PKR juga bersependapat dengan Mike dan bersetuju bahawa Menteri Besar Selangor itu terlibat dalam Politik Rasuah seperti mana yang didakwa?

Jika kita lihat kepada tindakan yang diambil oleh PKR, bermakna mereka seolah - olah mengakui dakwaan yang dibuat oleh Mike terhadap Khalid.

Kalau tidak, kenapa pulak diorang nak tarik balik hukuman terhadap Mike yang menuduh Khalid terlibat dalam Politik Rasuah sebelum ini?

Nah!!! Persoalan itu yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh PKR kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang tinggal di Selangor. Adakah benar atau tidak Si Khalid Ibrahim tu terlibat dengan rasuah? Dan apa pulak tindakan PKR terhadap Khalid selepas ini???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping