Itu persoalan yang dibangkitkan sewaktu berbicara mengenai tindakan yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu apabila dia ditegur secara terbuka oleh Tuanku Sultan Selangor.
Kebal sangat ke dia sehingga tidak mampu diambil sebarang tindakan oleh PAS Pusat diatas kebiadapan yang ditonjolkan sewaktu mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS?
Perkara itu dilihat sebagai tindakan wajar diambil oleh PAS Pusat apabila kenyataan yang dibuat sebelum ini tidak selari dengan pendirian PAS Selangor sendiri.
Ketika dia mempersoalkan Kuasa Eksekutif MAIS dan mencadangkan agar ianya dihapuskan sebelum ini, tidak ada sebarang tindakan pun yang dibuat.
Perkara itu yang dipersoalkan oleh sesetengah penyokong PAS sendiri. Adakah terlalu BACUL untuk PAS Pusat untuk mengambil tindakan sedemikian terhadap Khalid?
Sepertimana yang dijelaskan dalam titah ucapan Tuanku Sultan Selangor semalam, ianya bukan kali pertama Si Khalid Samad tu dilaporkan bersikap biadap sedemikian rupa.
Tapi dah banyak kali dah ianya diulang - ulang. Namun, masih tidak ada tindak balas yang sewajarnya diambil oleh PAS Pusat walaupun ianya jelas membelakangkan parti.
Dalam masa yang sama, Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor turut mendedahkan perilaku Khalid yang sebelum ini memang terbuka menentang perjuangan Islam.
Sebagai contoh yang diberikan, Khalid didakwa seringkali menjadi penghalang kepada usaha menjamin kemuliaan Islam seperti peristiwa mengharamkan jualan arak di Shah Alam.
Malah Khalid juga didakwa menjadi orang yang paling lantang mempertikaikan tindakan JAIS dalam isu berkaitan dengan serbuan yang dibuat di DUMC sebelum ini.
"Saya masih ingat, Khalid sering menidakkan apa juga bentuk undang-undang dan peraturan yang ingin dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, di Damansara Utama, di sini hari ini.
Nah!!! Sekarang, bola sudah ada dikaki PAS untuk menentukan sama ada mereka BERANI atau BACUL untuk ambik tindakan tegas terhadap Khalid Samad.
Segala kenyataan yang dibuat jelas tidak merujuk kepada perjuangan PAS yang mahu menjaga kesucian agama Islam di Malaysia. Sebaliknya, Si Khalid ni dilihat lebih cenderung ke arah Plurisme Agama. Takkan la itu pun PAS masih tak berani nak ambik tindakan!!!
Khalid tak kebal,Sultan Hard Rock Cafe pun tak kebal
BalasPadamAgak agaknya bilalah puak puak PAS ni nak kena panah petir..Ya Allah hanya engkau yg maha Agung..
BalasPadamPAS perkudakan islam utk mendapat keuntungan dunia saja. Semuanya kaki temberang dan pembohong.
BalasPadamPuak2 PAS-pisss-pusssy ni memang bacul pun. Cakap berdegar2, kena sergah dgn DAPpigs dan P'Gay'R terus kecut teloq tersedut masuk ke dalam. Jenoh pulak nak tarik keluaq......
BalasPadam