“Ahli akademik tidak boleh dikritik? Helloooo .... ini adalah 2014. Sedangkan kedudukan Raja pun ada yang berani persenda,” ujar Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik dari laman mikro Twitternya, hari ini.
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar itu membuat komen demikian ekoran arahan peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Katanya lagi, kajian yang dihasilkan Umcedel sering kali mencucuk kedua-dua pihak (BN dan PR) “....tetapi saya ragu-ragu integriti metodologi kajian mereka.
“Kajian Umcedel kadang-kadang menyentuh isu-isu politik secara subjektif. Luar dari skop akademik yang biasa. Tinjauan politik mempunyai prasangka.
“Mereka yang menghadiri forum Umcedel sedar bagaimana berat sebelah Umcedel dalam pendekatan kajian dan metodologi.
Katanya lagi, saiz sampel Umcedel, kualiti dan ‘rangka’ soalan yang dihasilkan boleh membawa kepada berat sebelah.
PS: REALITInya, kebanyakkan kajian yang dijalankan oleh UMCedel ni pun memang berat sebelah. Dan ianya seringkali memihak kepada Pakatan Haramjadah tu.
Mana tidaknya. Soalan yang ditanya pun seolah - olah memaksa responden memilih Pakatan dan menolak Barisan Nasional. Jadi, macam mana kita nak jadikannya sebagai rujukan?
Tambahan pulak bila bilangan responden yang dijadikan bahan kaji selidik tidak menepati keperluan bagi kajian tersebut. Hasilnya boleh kita ibaratkan sebagai sampah!!!
Kalau setakat buat kajian yang kuta sendiri pun dah tau jawapannya memihak kepada siapa, apa gunanya? Dimana integriti sebenar dalam kajian tersebut?
Sekadar buat kajian demi memenuhi nafsu sendiri, baik tak payah!!! Buang masa je buat kerja gitu gaya. Tak mendatangkan sebarang faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.