Rabu, Ogos 13, 2014


Berikut disiarkan kenyataan media yang dibuat oleh barisan Exco yang dipecat oleh Khalid sebelum mereka dikenakan tindakan tersebut hari ini.
Barisan exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya mengiktiraf Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dalam peralihan, sehingga Pakatan Rakyat (PR) memilih pengganti beliau.

Jelas mereka, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa melalui proses undian.

"Sebarang keputusan perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh enam ahli exco dari DAP dan PKR iaitu Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Menurut kenyataan itu, mereka tidak akan bertemu Khalid hari ini (Selasa) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukannya serta pendirian parti masing-masing.

"Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah Sultan Selangor, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang menteri besar baharu dari Pakatan Rakyat dilantik menggantikan Khalid," kata mereka.


Namun, mereka akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada PR yang dipilih rakyat.
Dari apa yang disebut, jelas menunjukkan bahawa ahli Exco ni hanya sekadar nak memanaskan kerusi je dan tidak menyokong sepenuhnya kepimpinan Khalid.

Jadi, untuk apa lagi Si Khalid tu nak simpan diorang kalau diorang setakat mengabihkan masa dan duduk goyang kaki tak buat kerja demi memenuhi kepentingan Politik diorang semata - mata? Penyudahnya, rakyat jugak yang merana!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Sikap tamak pemimpin Islam terhadap kuasa berbanding kepentingan agama akan hanya menyebabkan kehancuran kepada umat Islam.

    Sikap tamak sedemikian juga boleh membawa kehancuran kepada negara Islam, selain mencalar kesucian agama Islam itu sendiri.

    Pemimpin Islam sepatutnya lebih mengutamakan usaha mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam, mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

    Sikap tamak kuasa itu juga boleh membawa kepada hilangnya kemuliaan agama dan umat Islam itu sendiri apabila mereka saling bertelagah sesama sendiri semata-mata hendak mengejar kuasa.

    Lebih buruk lagi, akibat tamakkan kuasa, mereka sanggup pula bersekongkol dengan golongan kafir atau munafik, sedangkan sesama Islam sering bertelagah.

    http://bit.ly/1AaHaHv

    BalasPadam
  2. Di Palestine Yahudi tidak membenarkan Hamas dan Al-Fatah bersatu diatas satu iktikad perjuangan Islam, tetapi berpura-pura menyokong prinsip gerakan setiap pehak. Di Malaysia DAP/Cina/Kafirun pun sama juga tidak akan membenarkan PAS dan UMNO bersetuju diatas satu maufakat Islam, tetapi berpura-pura menyokong gerakan Islamiah PAS (versi Tuhan Allah DAP =Tuhan Allah Bapa PR).

    Apabila hidayah dan kebenaran tiba, ia akan datang saperti sinar matahari pagi. Tidak akan dapat ditahan oleh tangan LKS sekeluarga, walau mahu dilindungi oleh kipas udang opera.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping