Ahad, Ogos 03, 2014


Huh!!! Tak pelik la bila Tun Mahathir pun sokong agar pihak Kerajaan mengawal sebahagian dari aplikasi internet ni dengan lebih ketat dimasa akan datang.

Mudah sangat orang di Malaysia ni terpengaruh dengan bahan berita yang separuh masa dan sengaja direka - reka untuk mendapatkan perhatian.

Nak pulak bagi mereka yang menggunakan aplikasi Facebook. Lagi mudah diorang nak menyebarkan spekulasi dan mencipta persepsi buruk terhadap satu - satu isu.

Hanya dengan menggunakan sekeping gambar sahaja, macam - macam spekulasi yang boleh dibuat oleh pengguna laman media sosial seperti Facebook tu.

Tengok nasib yang menimpa Si Neelofa tu sudah la. Baru je dia jumpa dengan Nik Aziz, dah orang kata dia nak masuk PAS. Lagi teruk, orag kata sebab dia baru putus cinta.

Walhal, Si Neelofa tu sekadar datang berkunjung hormat kepada Si Nik Aziz tu saja memandangkan dia seorang Bekas Menteri Besar. Takkan itu pun salah?

Lagi pun, Si Neelofa tu bukannya datang sorang diri. Tapi dia datang dengan rakan - rakan dia yang lain. Sepatutnya, tak jadi isu pun setakat datang beraya dengan Nik Aziz tu.

Perkara yang sama jugak pernah berlaku terhadap Datuk Siti Nurhaliza yang juga dipalit dengan isu yang hampir serupa. Asal jumpa Nik Aziz je, diorang masuk PAS.

Tapi, bila artis jumpa YAB Perdana Menteri, lain pulak tuduhan yang diorang buat. Kononnya artis tu nak dapatkan kontrak dan sebagainya.

Itu yang buruknya tentang orang di Malaysia ni. Suka sangat buat persepsi yang bukan - bukan. Tapi yang lebih malang, ramai pulak yang percaya. Itu yang buat kita heran tu.

Sampai tahap, ditipu terang - terangan pun masih nak percaya jugak. Orang kata tak de kejadian Blackout, diorang kata ada. Orang kata tak de 40ribu pengundi Bangla yang diimport, diorang tak percaya. Penyudahnya, diorang jugak yang basah kena kencing!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping