Khamis, Ogos 14, 2014


Status Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan kelak sementara cadangan untuk menggantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipecat mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pentadbiran kerajaan negeri bagaimanapun ketika ini hanya memberi fokus utama terhadap pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.
"Harap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat diutama dan diteruskan. 
"Buat masa ini pentadbiran kerajaan negeri dilakukan oleh saya bersama 4 exco dan bekerja bersama penjawat awam untuk tentukan ia berjalan dengan mantap.
"Tumpuan kita kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran. Jika kelicinan pertadbiran tidak memerlukan pertukaran (rombakan) maka kita tidak akan melakukannya. 
"Kita hanya berminat untuk meneruskan pentadbiran negeri dengan suasana harmoni dan terus menjadi negeri yang produktif dalam negara. 
"Mengenai penasihat ekonomi Selangor, ia akan dibincangkan oleh exco. Apa-apa keputusan samada tambah exco, perlu mendapat perhatian dan kelulusan DYYM," jelas beliau dalam sidang media selepas menghadiri MMKN dipejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini. 
Sementara ketika ditanya samada berhasrat untuk membawa masuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti UMNO ke dalam pemerintahan negeri, Abdul Khalid berkata ia juga perlu dibincang bersama Exco dan mendapat kelulusan Sultan Selangor.
"Saya akan berbincang dengan Exco dan Sultan Selangor. Buat masa ini perkara itu tidak berbangkit," ujar beliau. 
Sebelum ini Abdul Khalid mengesahkan penamatan khidmat lima orang Exco kerajaan negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang berkuatkuasa semalam.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Selama ini rakyat Malaysia yg kenal dgn sepak-terajang dan pembohongan demi pembohongan Anwar Ibrahim dalam politik dan pentadbiran, ternanti-nanti siapa yg berani atau berkeupayaan menyanggah kedurjanaan Anwar selama ini.
    Kalau sebelum ini kelihatannya seolah-olah mahkamah pun tak berupaya, kini dgn kudrat dan iradat Allah swt, orang kuatnya sendiri yg ada kemampuan itu - Khalid Ibrahim berserta sekutu rapatnya dalam Pakatan - Pas, menunjuk jalan keluar kpd permasalahan yg dihadapi negara sejak Anwar dipecat dari UMNO yg membuatkan dia tak ada harapan nak jadi PM Malaysia.
    Begitulah yg berlaku setakat masa kini.
    Perkembangan selanjutnya hanya Allah swt saja yg tahu.
    Segala-galanya terletak kpd ketentuan Allah swt.
    "Tidak gugur sehelai daun dari mana-mana pokok tanpa keizinan dan pengetahuan Allah swt."

    Sehubungan itu, pemimpin PAS yg selama ini sangat membantu Anwar dan DAP dlm Pakatan, mula menukar haluan. Mereka mula sedar siapa Anwar Ibrahim dan apa matlamat cauvanis Cina DAP setelah agak lama mereka bersama.
    Logiknya, setelah sekian lama tidur sebantal - walaupun mimpi lain-lain, pemimpin PAS benar-benar memahami siapa Anwar Ibrahim dan apa itu DAP.

    Apapun, yg penting dan paling mendesak untuk diusahakan ialah perpaduan Melayu. Selagi Melayu tak mampu sepakat, selagi itu kaum imigran yg mahu merampas negara ini dari tangan orang Melayu akan bermahrajalela.
    Masih belum terlambat untuk mengembalikan kesepakatan umat Melayu-Islam sebagaimana semasa menentang Malayan Union dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping