Heh! Suka betul dia nak membogelkan Si Khalid Ibrahim tu dihadapan orang lain demi untuk memburuk - burukkan imej serta nama baik Menteri Besar Selangor tu.
Sampai tahap dia sanggup mendedahkan hutang Si Khalid Ibrahim tu sebanyak RM 66.67 juta ringgit seperti yang dilaporkan oleh pihak media sebelum ini.
Jika dulu, puak - puak Pakatan Haramjadah tu cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan orang ramai. Tapi sekarang semuanya didedahkan.
Hasrat diorang melindungi cerita tersebut dari diketahui oleh rakyat adalah bagi melindungi integriti parti yang selama ini didakwa bersih dari sebarang penyelewengan.
Tapi sekarang, diorang dah tak peduli dah dengan bab menjaga integriti parti demi memenuhi kepentingan diri mereka sendiri. Maka sebab itu diorang sanggup bogelkannya.
Dengan menjadikan isu berkaitan dengan hutang peribadi Si Khalid Ibrahim tu sebagai alasan untuk menggugurkan Khalid, Si Siputdin tu tuduh kata dia tak bertanggungjawab.
Kata Si Siputdin tu, Khalid GAGAL untuk menjelaskan isu tersebut kepada parti sedangkan hutang tersebut berlaku sebelum Khalid memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Hakikatnya, Si Khalid Ibrahim tu bukannya menyeleweng dana rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menyelesaikan kes tersebut.
Namun, puak - puak Pakatan Haramjadah dari parti PKR tu tak mempedulikan perkara tersebut dan masih lagi mahu memalukan Khalid secara terang - terangan.
Persoalannya, kenapa isu itu tidak dilaporkan oleh Si Siputdin kepada pihak berkuasa dan biar mereka ambik tindakan yang sewajarnya? Kenapa dia tak laporkan kepada SPRM?
Sebaliknya, dalam satu kenyataan, Si Siputdin tu kata diorang nak selesaikan isu tersebut secara dalaman dan tidak melibatkan pihak berkuasa untuk ambik tindakan.
Kan nampak sangat yang tindakan puak - puak Pakatan Haramjadah dari kalangan PKR tu adalah hanya untuk memburukkan nama baik Si Khalid Ibrahim tu semata - mata.
Diorang bukannya benar - benar nak mencari kebenaran dan menghapuskan elemen penyelewengan dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Khalid.
Tujuan dan niat mereka adalah untuk menjadikan isu tersebut sebagai salah satu isu untuk menjatuhkan Khalid dan menggantikan dia dengan Wan Azizah.
Apa yang pasti, alasan yang diberikan oleh puak - puak Pakatan tu untuk menggugurkan Khalid tak masuk akal. Semuanya dilakukan demi memuaskan nafsu dan kepentingan Politik mereka sendiri tanpa mempedulikan bab nak menjaga Kebajikan Rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.