Sabtu, September 06, 2014


Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali didakwa tidak dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor meskipun Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini disebut-sebut antara daripada tiga nama yang dihantar parti itu kepada pihak istana.

Menurut sumber, PAS sebaliknya mengemukakan kesemua calon Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sendiri, sekali gus turut menafikan kenyataan Setiausaha Agung Pas semalam bahawa parti itu mengemukakan dua calon PKR dan seorang calon Pas untuk dipertimbangkan mengisi jawatan tersebut.

Kata sumber itu, tindakan Pas mencalonkan tiga ADUN mereka untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar itu dikatakan kerana kesal dengan keputusan PKR dan DAP sebelum ini yang telah menolak bulat-bulat cadangan Pas yang mahukan Azmin dicalonkan bersama-sama Wan Azizah.

Sumber tersebut difahamkan merujuk kepada senarai pencalonan ketiga-tiga ADUN Pas Selangor yang dikaitkan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menghantar surat pencalonan kepada pihak istana, kelmarin.
"Hanya calon daripada Pas yang disenarai pendek dan tidak ada calon PKR seperti yang dinyatakan sebelum ini," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pada masa yang sama, sumber itu memberitahu, senarai pencalonan ketiga-tiga ADUN Pas kesemuanya menjawat jawatan sebagai Exco kerajaan negeri itu masing-masing Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.

Malah, sumber itu memberitahu surat tersebut dikatakan tidak melalui Jawatankuasa Pas Pusat termasuk Mustafa sendiri.
"Ini kerana urusan surat menyurat itu dikendalikan terus antara Abdul Hadi dan pihak Istana Selangor," katanya.
Sementara itu, Azmin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai senarai calon termasuk menafikan desas-desus kononnya PKR membuat rombakan semula mengenai senarai calon Menteri Besar yang sebelum ini dikatakan hanya mencalonkan Wan Azizah.
"Tidak ada perkembangan baharu mengenai senarai calon Menteri Besar daripada PKR. Sekiranya ada perubahan, kita akan buat pengumuman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
PS: Heh! Tak heran la kenapa Si Ketua Penipu tu marah sangat dengan Utusan ni. Sebab akhbar tersebut mampu membuatkan dia sakit jantung dan panas punggung!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Wajah Siketum tu mengapa lesu sgt, kepala banyak masaalah ke???

    BalasPadam
  2. ANWAR SALENDER WHITE FLAG muka depan utusan malaysia esok.

    BalasPadam
  3. Dia main pilih sendiri tak apa, orang lain buat macam tu tak boleh pulak! Itu macam punya orang pun ada kat dunia ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping