Apa jadi dengan isu perjanjian air yang telah dimeterai oleh Si Khalid Ibrahim tu sebelum ini? Kenapa pulak tiba - tiba Si Azmin tu boleh berubah pendirian terhadap isu tu?
Bukan ke isu mengenai perjanjian air itu merupakan salah satu perkara yang dibantah oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebelum ini sehingga mengakibatkan Khalid dipecat?
Bukan ke PKR sebelum ini mendakwa Si Khalid Ibrahim tu telah mengkhianati rakyat dengan menandatangani perjanjian tersebut tanpa sebarang konsensus dari Pakatan?
Barang perlu diingatkan! Isu itu merupakan salah satu daripada beberapa alasan yang telah diberikan oleh PKR untuk memecat keahlian Khalid Ibrahim dari parti tersebut sebelum ini.
Kononnya, alasan mereka mengambil tindakan tersebut adalah disebabkan Si Khalid Ibrahim tu telah membelakangi arahan serta melanggar peraturan yang ditetapkan oleh parti.
Nah! Sekarang, kenapa Si Azmin Ali tu boleh bersetuju dan konco - konconya menyatakan bahawa tindakan Si Azmin tu adalah tindakan yang betul serta tepat? Kan nampak sangat janggalnya tu?
Jelas salah seorang pengikut setia Azmin yang juga merupakan orang paling lantang mengutuk serta mengkritik Si Khalid Ibrahim tu sebelum ini;
"Sepertimana yag diketahui umum, dasar kita adalah untuk membantu rakyat. Jika rakyat memerlukan, maka dasar itu perlu kita lihat secara keseluruhan.
"Perjanjian air telahpun dimeterai. Jika nak khianati perjanjian, ini satu kesalahan yang besar. Sekarang ini kita nak kawal selia segala bentuk perjalanan dan kontrak yang memberi bebanan kepada rakyat itu supaya dibuat kajian," katanya hari ini.
Eh! Boleh pulak dia bagi alasan macam tu ye? Kenapa sebelum ini, sewaktu Si Khalid Ibrahim tu menandatangani perjanjian tersebut, tak pulak dia keluarkan kenyataan sedemikian?
Itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah yang terdiri dari kalangan PKR ni semuanya hanya manusia - manusia MUNAFIK yang suka memperbodohkan orang lain.
Bila Si Khalid Ibrahim tu buat, semuanya tak betul, semuanya tak kena. Malah siap dituduh membelakangi parti pulak tu. Tapi bila Si Azmin tu ambik alih, semuanya ok pulak? Dasar manusia MUNAFIK ni memang susah la kalau nak diubah!!!
Itulah politik. Yang buat kerja adalah pegawai kerajaan. Yang nakkan nama konon dialah bekerja adalah ahli politik. Sama je....
BalasPadamKawan makan kawan.
BalasPadam