Ahad, November 02, 2014

Kesudahannya, PAHANG berjaya mengekalkan kejuaraAn Piala Malaysia. Buat pencacai Pakatan Haramjadah tu yang sebelum ni cuba nak memburukkan Pasukan Pahang, telan la ludah dan kahak sendiri!!! Jangan suka sangat buat kerja tak tentu arah!!!
KUALA LUMPUR: Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar hasil tandukan Matias Conti tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Langkah Pahang seterusnya semakin gah dalam pusingan penentuan Penalti apabila Norshahrul Idlan Talahah gagal menyempurnakan sepakan penaltinya.
Categories:

3 ulasan:

  1. Asalkan bukan team lanun
    Yg hanya tau tabur duit cr player
    Ckp bergegar pasal bolasepak
    Syabas Pahang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping