Taktik sindiket pelacuran mencari pelanggan di dalam talian online terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu tiga premis hiburan di Cheras, awal pagi semalam.
Dalam serbuan pertama yang diketuai oleh Asisten Superintenden Eu Kee Leong berjaya memberkas serama 103 wanita warga Thailand yang dipercayai berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pub di sini.
Ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, kesemua GRO sedang asyik melayan pelanggan dalam pesta buih di premis berkenaan. Muhammad berkata, pihaknya percaya GRO terbabit dibekalkan oleh ejen.
Dalam serbuan berasingan di dua premis pub dan karaoke yang diketuai oleh Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais pula, berjaya memberkas 47 GRO warga Vietnam dan China.
“Tip yang dikenakan kepada pelanggan, kira-kira RM100 hingga RM1,000 semalam. pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks akan membawa GRO tersebut ke hotel bajet berdekatan,” katanya.
Ke semua individu yang ditangkap berusia dalam lingkungan 30-an itu di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut.
PS: Nampak gayanya, pesta buih ni memang tak habis lagi!!! Klik kat sini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.