Ini la yang dinamakan Keadilan mengikut definasi Si Ketua Penipu yang bernama Anwar Ibrahim tu. Bagi dia, keadilan tu ada dwi standard dan perlu mengikut selera dia sendiri.
Kalau keadilan tu tak mengikut kehendak dia, maka ianya tidak dinamakan keadilan. Sebaliknya, keadilan tu perlu mengikut kehendak dan kemahuan dirinya semata - mata.
Maka sebab itulah dia buat - buat tak tau je bila pendedahan dibuat Chagubard terhadap Pengkhianatan yang dilakukan oleh Si Azmin terhadap Si Wan Azizah tu sebelum ini.
Pendedahan tersebut kata Si Chagubard adalah bagi menegakkan Keadilan yang sepatutnya diambil oleh PKR terhadap Si Azmin kerana secara terang - terangan membelakangi keputusan parti.
Tegas Si Chagubard berulang - ulang kali, jika PKR tidak mengambil sebarang tindakan, maka itu membuktikan bahawa parti itu mengamalkan Keadilan Dwistandard terhadap ahlinya sendiri.
"Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya lagi.
Namun nampak gayanya perkara itu diakui sendiri oleh Si Ketua Penipu tu apabila dia tampil mendesak agar Si Chagbard berhenti menyerang Si Azmin Ali secara terbuka.
Malah tidak cukup setakat itu sahaja. PKR juga dikatakan akan turut membawa pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu kepada Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan yang sejawarnya.
"Kami sudah jelaskan sebelum ini bahawa kes ini disiasat Jawatankuasa Disiplin Pakatan. Saya juga dimaklumkan salah seorang Adun, Dr Xavier Jeyakumar telah membuat laporan polis berhubung perkara itu," katanya.
Tetapi malangnya, tindakan disiplin yang mahu diambil bukan terhadap Pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin. Sebaliknya, tindakan akan diambil terhadap Si Chagubard tu sendiri.
Dari satu sudut, semua orang dapat melihat bahawa Si Ketua Penipu tu cuba nak menutup kebenaran dalam pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu selain mengamalkan keadilan Dwistandard.
Nampak gayanya, memang benar la PKR ni parti yang mengamalkan dasar Keadilan Songsang yang hanya menguntungkan pemimpin diperingkat atasan. Kalau ahli bawahan ang terlibat, dah lama dah diorang kena pecat atau pun digantung keahliannya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.