Isnin, Disember 08, 2014

Suruh MB Selangor tu makan Pisang  je!!! 
Siap bagi amaran! Punya la Si Menteri Besar Selangor tu takut nak berhadapan dengan kontroversi sampai tahap itu yang sanggup dia lakukan bagi menghindarkan sebarang masalah.

Ternyata, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu jelas satu tindakan yang membuktikan bahawa dia tidak memiliki kredibiliti untuk menguruskan pentadbiran.

Dan, dalam masa yang sama, Si Menteri Besar Selangor tu juga turut dilihat cuba nak menghalang Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat Selangor untuk meluahkan rasa tak puas hati mereka.

Ianya berikutan amaran yang diberikan kepada puak - puak Evangalist dari kalangan penganut agama Kristian supaya tidak membangkitkan sebarang kontroversi berhubung isu kitab Bible.

Dengar katanya, Si Azmin tu telah mengeluarkan arahan kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) agar pihak mereka tidak mencetuskan provokasi selepas naskah berbahasa Melayu itu dipulangkan.

Kata Si Menteri Besar Selangor tu, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan ianya sudah diselesaikan. Maka tidak wajar sekiranya ia panjang - panjangkan lagi dalam masa terdekat.

Luahan rasa tidak puas hati dikalangan ahli Persatuan Bible Malaysia itu timbul ekoran terdapat cop yang buat oleh Jabatan Agama Islam Selangor sebelum bible tersebut dipulangkan.

Turut dilaporkan, ada pemimpin Kristian yang marah dengan tindakan pihak berkuasa agama Islam tersebut kerana kata - kata amaran yang dicap pada naskah yang dipulangkan.

Tapi, apa yang herannya, kenapa Si Azmin tu tak nak layan tuntutan yang dibuat oleh ahli Presatuan BSM tu? Kenapa dia hanya sekadar memberi mereka amaran supaya tidak menimbulkan isu?

Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor yang baru tu takut nak berhadapan dengan kontroversi kerana dia tidak cukup Kompeten untuk mengatasinya?

Kalau kita tengok sebelum ini pun, Si Menteri Besar Selangor tu banyak mengelakkan diri dari menjawab sebarang isu provokasi yang dibangkitkan dengan jawapan "No Komen". 

Kalau dia rasa tak reti nak uruskan persepsi dan kontroversi, buat apa dia jadi pemimpin? Baik dia duduk kat rumah uruskan rumah tangga sendiri!!! Jangan sekadar pegang kuasa, tapi tak reti nak buat kerja!!! Setakat jadi Menteri Besar Longkang dan Sampah buat apa!!!

PS: PKR saman Hadi Awang ni apa cerita? Klik sini
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping