Nampak gayanya, usaha puak - puak Parti Khianati Rakyat tu nak menjahanamkan maruah serta integriti Hadi Awang selaku Presiden PAS tidak menjadi. Kecundang jugak diorang.
Perkara itu berlaku apabila pihak mahkamah mengumumkan keputusan untuk menolak tuntutan saman Bekas Calon PKR terhadap Hadi Awang yang didakwa menabur fitnah sebelum ini.
Pihak mahkamah hari ini mengumumkan saman yang difailkan oleh ahli PKR Terengganu itu ditolak dan memerintahkan dia untuk membayar sebanyak RM 10,000 kepada Hadi Awang.
Ketika menolak saman itu, Mohd Yazid berkata plaintif GAGAL untuk membuktikan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh Presiden PAS pada ceramah itu adalah satu fitnah terhadap dirinya.
Ahli perniagaan itu sebelum ini mendakwa Hadi telah membuat fitnah dalam satu ceramah di Kampung Tebakang, Marang, pada 22 April 2013 apabila mendakwa salah seorang calon Pilihan Raya PKR adalah pengedar pil kuda (methamphetamine).
Secara tidak lansung, keputusan itu memberikan kemenangan moral kepada PAS khususnya di Terengganu apabila usaha untuk mengaibkan Hadi Awang ternyata GAGAL dilaksanakan.
Malah, PKR pulak yang bertambah malu apabila terus dicop sebagai sebuah parti yang kuat menabur fitnah terhadap orang lain demi kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata.
Jika sebelum ini, Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai terpaksa mengaku telah menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional sewaktu PRU yang lalu.
Jadi, memang sah la puak - puak PKR ni jenis manusia yang MUNAFIK dan suka menabur fitnah sesuka hati mereka tanpa sebarang bukti yang kukuh. Jenis manusia macam itu yang nak dijadikan sebagai pemimpin dimasa akan datang? Alamat jahanam la Negara dibuatnya!!!
PS: Mungkin lepas ni Hadi Awang boleh ambik tindakan saman terhadap Ahli PKR tu pulak kerana cuba nak memalukan dirinya secara terbuka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.