Inilah bahananya bila Pencacai - Pencacai diperingkat bawahan semuanya guna Kepala Lutut nak mempersoalkan orang lain. Penyudahnya kena batang hidung sendiri.
Kalau sebelum ini, sibuk Pencacai - Pencacai Pakatan Haramjadah tu mempersoalkan YAB Perdana Menteri yang didakwa tidak prihatin dengan banjir yang melanda Negara ketika ini.
Tapi sekarang, status Si Presiden PKR tu pulak yang menjadi pertikaian apabila dia 'Leewat' seminggu buat posting untuk menunjukkan simpati dia kepada mangsa yang terlibat.
Nak kata dia tak maklum dengan apa yang sedang berlaku pada ketika ini, tak masuk akal. Dunia sekarang ni semua benda boleh dikemaskini dengan pantas. Maklumat dihujung jari.
Sedangkan info pasal pesawat rasmi Kerajaan Malaysia pun diorang siap boleh dapat maklumat lengkap, inikan pulak berita mengenai keadaan banjir yang melanda Malaysia.
Jadi, tak usah la Si Presiden PKR tu nak meroyan tak tentu arah bila orang mempertikaikan status yang dimuat-naikkan dalam laman media sosial dan mempersoalkan keikhlasan dia.
Sebaliknya, dia kena salahkan Pencacai - Pencacai Pakatan Haramjadah tu yang sebelum ini pandai sangat nak memburuk - burukkan orang lain. Diorang sendiri yang pandai cari penyakit, sekarang suruh diorang pulak la yang tanggung!!!
SHAH ALAM: Selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan berhubung banjir yang melanda Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, hari ini Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyeru pengikutnya di laman sosial Facebook untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di sana.
Namun usaha itu ternyata mendapat sindiran daripada pengikutnya, Nazim Achim mempersoalkan kemunculan Azizah selepas seminggu negeri-negeri tersebut dilanda bah.
Seorang pengikut yang dikenali sebagai Parang Hijau, memperlekehkan tindakan beliau yang disifatkan sudah terlewat untuk menghantar bantuan.
Azizah atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Kak Wan dalam satu posting 5 jam lalu memaklumkan, akan mengerah sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.