Sabtu, Januari 10, 2015

Pelakon Nonny (AF5) mengesyaki ada pihak-pihak tertentu melakukan komplot untuk menjatuhkan kerjayanya dengan mencari jalan menyebarkan gambar-gambar lama simpanannya.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 26, berkata, sejak putus cinta pada bulan lalu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sehinggalah timbul isu gambar berkenaan.
"Kalau boleh saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi sejak putus cinta bulan lalu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya. Semua itu berpunca selepas saya menolak pinangan bekas kekasih saya atas sebab-sebab tertentu.
"Kemudian selepas itu saya mendapat tahu ada individu ingin menyebarkan gambar-gambar saya bersama bekas teman lelaki saya itu. Saya rasa individu itu tidak senang hati lebih-lebih lagi melihat kerjaya seni saya yang semakin baik," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi disini pada Khamis.
Nonny berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai beberapa keping foto mesranya dengan seorang lelaki yang diterima oleh mStar Online daripada individu yang tidak dikenali.

Bagaimanapun Nonny mengakui foto tersebut adalah dirinya yang diambil ketika masih menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan.

Dia turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan foto tersebut kerana tidak mustahil ia akan tersebar dengan meluas tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Nonny turut berasa kesal atas kelakuannya itu apatah lagi dia berazam ingin membina namanya semula sebagai pelakon serta penyanyi pada tahun ini.
"Sudahlah nama saya baru nak naik sejak terlibat dengan drama Istikharah Cinta (kini sedang ditayangkan di TV3). Tiba-tiba ada pula pihak yang cuba mengenakan saya. Bagaimanapun saya akur, ia juga atas kesilapan saya sebelum ini mengambil foto mesra seperti itu," ujarnya.
PS: Bila dah terantuk baru nak sedarkan diri? Tapi tahan la jugak. Jangan dia tak sedar lansung sudah la!!! (Setidak - tidaknya dia tak jadi macam orang ni. Klik Kat Sini)
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping