Jumaat, Januari 09, 2015

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan yang PRO Komunis, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut rakyat membenci Kerajaan Barisan Nasional.

Memetik laporan dari laman portal Pro Yahudi Merosakkini, hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.
"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.
Hishamuddin dituduh membuat kenyataan menghasut dalam ucapannya di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor antara 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei 2013.

Selain Hishamuddin, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim juga didakwa sebelum ini.

Ceramah mereka didakwa menggesa orang ramai mengambil langkah membuat protes jalanan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan berikutan keputusan tidak adil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Chua yang juga ahli Parlimen Batu dan Haris Ibrahim masih berjuang membatalkan pertuduhan yang dikenakan dengan berpegang kepada alasan ia melanggar hak Perlembagaan mereka bagi kebebasan bersuara.

Tamrin, 64, diperintah membela diri pada minggu lepas dan kesnya akan disambung semula pada 26 November. Safwan dijatuhi hukuman 10 bulan penjara pada 5 September manakala Adam mendapat hukuman penjara satu tahun, dua minggu kemudian.

PS: Bila dah kantoi ni la baru diorang sibuk nak buat rayuan itu ini. Yang Si Apek Tian Chuak tu pulak, tak habis - habis cuba nak ketepikan kes dimahkamah.

Nampak sangat la yang dia pun dah kecut buah kerandut!!! Masa sibuk menghasut hari tu, tak de pulak dia fikir semua benda tu. Al-maklum la. Otak letak kat Kepala Lutut!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. mudah2an sampai peringkat rayuan nnti...keputusan tetap sama.keputusan rayuan anwar ketum bila pulak?? nape lama bebeno yob...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping