Heh! Siapa sangka. Perkara itu tidak mustahil memandangkan Si Husam Kambing tu sejak seminggu dua ni hangat dikaitkan dengan isu pembalakkan yang mengakibatkan banjir terburuk di Hulu Kelantan.
Sampai ada yang kata, dia dah mula panas punggung apabila tidak dapat menafikan perkara tersebut secara terbuka yang turut dikaitkan dengan puak - puak DAPigs Perak. (Klik Sini)
Sehingga hari ini, Si Husam tu masih dilihat "mengunci mulut" dari memperkatakan mengenai isu pembalakkan haram yang berleluasa disekitar kawasan Gua Musang dan Kuala Krai.
Malah ada jugak yang memberikan pandangan bahawa Si Husam Kambing tu tak dapat tidur malam akibat memberikan alasan yang tak masuk akal berkaitan dengan isu empangan Kenyir 2. (Klik Sini)
Maka sebab itu isu berkaitan dengan pemecatan beberapa orang Pengarang di Haprakdaily tu sengaja disensasikan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu pembalakkan di Kelantan.
Dan perkara itu juga turut diakui oleh salah seorang Facebooker Pro Ulama PAS yang melihat tindakan tersebut didalangi oleh puak - puak yang "Pro Anwarinas' didalam parti itu sendiri.
“Korang buat lawak apa ni? Berlaku rombakan di dalam Harakah yang Ketua Pengarah Operasinya adalah Mokhtar Rozaidi, tetapi yang disalahkan adalah pimpinan Ulamak."
Demikian yang dinyatakan oleh Si El-Haraki didalam laman media facebook miliknya. Malah, menurut facebooker tersebut, jawatan Ketua Editor Haprakdaily tu dah lama dipangku oleh orang lain.
Selain itu, El-Haraki juga turut mempertikaikan pemecatan Tuan Ibrahim Tuan Man dan digantikan dengan Ketua Pemuda PAS Pusat sebagai satu rancangan yang sengaja diadakan.
Dalam isu yang sama, Setiausaha Seniman Paksi Rakyat turut membangkitkan isu mengenai pemecatan Ketua Editor dan beberapa lagi tokoh lain didalam Haprakdaily melalui satu kenyataan media semalam.
Setiausaha PAKSI itu mendakwa tindakan tersebut sebagai satu tindakan "Zalim" dan menggambarkannya sebagai satu tindakan yang "Tidak Berperikemanusiaan". (Klik Sini)
“Sedangkan praktik mereka dalam sebuah syarikat mereka yang kecil tetapi sangat penting itu pun mereka tidak laksanakan pengajaran mereka sendiri. Apakah ini tidak munafik?" katanya.
Kesimpulannya, jika kita lihat dari satu sudut, isu mengenai pemecatan jawatan ini hanya sekadar untuk mengalih perhatian rakyat dari menjawab isu yang dibangkitkan. Kalau setakat nak jaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata, baik tak payah!!! Buang masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.