Terbaik!!! Bukan setakat media sendiri, tapi Exco Rejim Pakatan yang juga merupakan wakil rakyat PKR yang buat fitnah terhadap MB Selangor?
Punah la jawabnya puak - puak PKR ni!!! Yang herannya, Exco Rejim Pakatan Selangor tu buat dakwaan hanya semata - mata sebab dia tak turut serta.
Maka atas sebab itu dia boleh buat tuduhan KONONnya Kerajaan Negeri Perak tolak bantuan sumbangan yang telah diberikan oleh Si Azmin tu sebelum ini.
Sekarang, dakwaan yang dibuat telah dinafikan sendiri oleh MB Selangor. Apa lagi yang nak dikatakan oleh Si Exco Selangor tu sendiri? Mana dia nak letak kemaluan diri dia selepas ini!!!
SHAH ALAM - Menteri Besar (MB) Selangor Mohamed Azmin Ali mengesahkan sumbangan RM100,000 untuk mangsa banjir di Perak diterima Pejabat MB Perak.
Katanya, pejabat MB Perak itu sendiri mengesahkan penerimaan cek itu yang diserahkan wakil kerajaan Selangor awal minggu ini.
"Saya tidak ada maklumat itu (cek ditolak) kerana faktanya ialah, cek sudah pun diserahkan kepada pejabat MB, ada cop pengesahan penerimaan.
"Saya percaya bantuan ini akan dimanfaatkan untuk mangsa banjir di Perak," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, hari ini.
Perak semalam didakwa enggan menerima sumbangan itu, lapor media rasmi Negeri Selangorkini memetik kenyataan Exco Wanita dan Kebajikan Selangor, Dr Daroyah Alwi. Daroyah berkata dana itu tidak dapat disalurkan bagi meringankan beban mangsa banjir.
"Saya tidak mahu komen tentang laporan itu kerana berdasarkan maklumat yang saya dapat, dan saya sendiri yang mengarahkan cek itu diserahkan dengan tangan kepada Pejabat MB Perak," kata Azmin.
Semalam, Daroyah dilaporkan berkata, pihaknya kesal Perak mengamalkan politik sempit walaupun berada dalam keadaan bencana ketika ini.
Kalau bodo tu bodo jugak.……
BalasPadam