Isnin, Januari 05, 2015

Heh! Siapa sangka, kata pepatah orang Putih ni pun ada benarnya juga. "Jatuh dan bangun seseorang pemimpin itu juga boleh bergantung kepada seorang perempuan".

Dalam situasi Si Menteri Besar Selangor ni pun lebih kurang amcam tu jugak. Sebelum ni, dia bangun pun dek kerana perempuan. Dan siapa tau, dia jatuh nanti juga kerana perempuan.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu berjaya menduduki kerusi tersebut dengan cara mengkhianati Presiden Partinya sendiri yang ditolak oleh rakan dalam Pakatan.

Alasan yang diberikan adalah kerana Presiden PKR tu seorang perempuan. Maka sebab itu dia tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut, Maka, dikesempatan itu yang diambil oleh Si Azmin.

Tak dinafikan yang tindakan Si Azmin tu cukup bijak dan licik seperti mana yang didedahkan oleh Si Chegubard sebelum ini. Tapi, dia perlu ingat, langit tak sentiasanya cerah.

Sebijak - bijak tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dan disebabkan itu, Si Azmin tu sendiri perlu berhati - hati dengan tindakan serta kenyataan yang dilakukan. Takut nanti memakan diri sendiri.

Semalam, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu telah memberi tempoh selama 14 hari untuk bekas - bekas Pegawai Si Khalid Ibrahim tu memulangkan semula duit pampasan yang diterima sebelum ini.

Pampasan sebanyak RM 2.6 juta itu diberikan sewaktu Khalid masih lagi menjadi Menteri Besar dan ianya menjadi skandal terbaru Bekas Menteri Besar Selangor tu sebelum ini.

Namun, dalam kenyataan yang dibuat oleh Bekas Setiausaha Politik kepada Si Khalid Ibrahim tu semalam, dia sendiri pun masih tidak menerima notis berkaitan dengan arahan tersebut.

Persoalannya, kenapa baru hari ini isu tersebut hendak dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni? Kenapa baru sekarang diorang nak dedahkan skandal penyelewengan yang berlaku?

Kenapa tidak sebelum ini mereka dedahkan anggaran yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah PKNS seperti mana yang dituntut sewaktu Si Azmin Ali tu dilupuskan jawatannya?

Kenapa pada ketika ini isu berkaitan dengan pampasan yang diberikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC Selangor itu tidak menjadi isu dan dibangkitkan oleh puak - puak PKR?

Ini baru cerita yang sengaja diorang nak dedahkan kepada rakyat atas niat yang tertentu untuk memburukkan individu berkenaan semata - mata. Yang tak didedahkan, kita tak tau berapa banyak pulak yang diselewengkan.

Jika benar puak - puak Pakatan Haramjadah tu kata mereka menguruskan sebuah pentadbiran dengan cara yang telus, sudah pasti semua perkara akan didedahkan kepada pengetahuan rakyat dan tidak berselindung demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping