Pucuk pimpinan DAP tidak sewajarnya membangkitkan semula perbalahan antara mereka dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam krisis menteri besar Selangor pada tahun lalu.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata, walaupun DAP tidak berpuas hati dengan mana-mana pemimpin Pas, namun sepatutnya parti itu berjiwa besar untuk mendepani perbezaan pendapat antara mereka.
"Bagi saya barisan di hadapan DAP adalah pemimpin senior, yang mempunyai pengalaman yang lama dalam politik.
"Jadi sepatutnya mereka berjiwa sebagai negarawan yang bersedia untuk berhubungan dengan semua orang walaupun kita ada sedikit perbezaan tertentu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini yang menggesa Abdul Hadi meninggalkan PR susulan beberapa tindakannya mengenai undang-undang hudud dan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) telah membelakangi keputusan Majlis Pimpinan PR.
Tambah Mahfuz lagi, pendirian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam yang memutuskan untuk menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi itu juga bercanggah dengan prinsip bersama dalam PR.
"Saya fikir ia sudah bercanggah dengan prinsip bersama kita, Majlis Pimpinan PR ini mesti diwakili oleh pimpinan tertinggi parti," ujarnya.
Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pas berkata, beliau akan meminta Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali menetapkan mesyuarat khas berhubung pendirian DAP itu dalam masa terdekat.
PS: Kalau dengan DAPigs, bukan main lagi dia nak pujuk rayu suruh mereka terima perbezaan pandangan. Tapi dengan UMNO, kenapa sampai dilabelkan sebagai Kafir? Nampak sangat wayang Si Mahfuz Bean ni!!!
Hisap la lg kote kulup Dapigs tu. Dia dah kata jgn hisap, nak jugak Pas hisap lg. Tak malu. Kuman seberang laut nmpk, gajah depan mata tak nmpk. Boddo
BalasPadam