Huh!!! Kalau bab berlakon, memang pandai betul Si Wan Azizah ni. Hebat sungguh dia nak buat 'drama' sampai tahap nak main 'sorok - sorok' pulak pasal calon PKR di Permatang Pauh.
Bila ditanya oleh para wartawan, tau pulak Si Wan Azizah ni nak 'berahsia - rahsia' dengan rakyat. Kata dia, dia tak tau lagi siapa yang akan jadi calon dan membiarkan rakyat tertanya - tanya.
Persoalannya, adakah Si Wan Azizah tu ingat rakyat Malaysia ni bodoh? Sanggup ke dia gadaikan kubu kuat legasi keluarga Si Ketua Penipu tu kepada orang lain? Bukan ke sebelum ni dia kata dia yang 'Paling Layak' jadi calon? Jadi, buat apa dia nak berahsia - rahsia pulak!!!
SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini enggan menyatakan sebarang bayangan calon parti bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita di lobi Dun Selangor di sini hari ini berkata pihaknya ada mengadakan perbincangan dan mesyuarat tentangnya namun belum mahu membuat pengumuman tersebut.
Dr Wan Azizah berkata keputusan tentang individu yang akan dicalonkan parti bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"Pada 14 April ini kami akan mula buka bilik gerakan pilihan raya. Mengenai calon, harap semua bersabar," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau sendiri berkemungkinan antara calon yang akan disenarai pendek, Dr Wan Azizah hanya tersenyum.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal ditetapkan pada 3 Mei.
PRK Permatang Pauh perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.