Khamis, Jun 11, 2015

Heh! Siapa sangka ye tak. Budak yang setakat 'LULUS SRP' ni pun bijak jugak menggunakan kepala otak dia untuk melepaskan diri dari terus dijadikan mangsa didalam parti.

Kiranya, dengan menggunakan logik akal pun mampu membuatkan Si Mahfuz Bean tu terlepas dari dipersalahkan oleh ahli - ahli diperingkat akar umbi agar tidak dilihat sebagai Pengkhianat.

Dikala sosok tubuh Presiden pada ketika ini menjadi bahan cercaan dan jugak sasaran terbuka oleh puak - puak DAPigs, apa salahnya jika Si Mahfuz Bean tu tunding jari kepada dia?

Jadi, mungkin atas kesempatan itu yang telah digunakan oleh Si Mahfuz Bean tu untuk menjatuhkan kesalahan berhubung isu Usul Tergempar yang dibangkitkan sebelum ini ke atas bahu Si Presiden tu sendiri.

Kata Si Mahfuz Bean, dia hanya menjalankan arahan yang telah diberikan oleh Presiden agar tidak membenarkan mana - mana perwakilan untuk membahaskan Usul tersebut secara terbuka.

Katanya, selain Si Presiden, turut hadir memberikan arahan tersebut kepada dia adalah Mursyidul Am PAS, Timbalan Presiden yang baru, Bekas Timbalan Presiden yang kalah serta Setiausaha Agung PAS.
"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas. 
"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Tidak cukup setakat itu sahaja, Si Mahfuz Bean tu juga turut memperlekehkan Majlis Syura kerana enggan mendesak Pengerusi Tetap untuk memberikan laluan kepada Usul tersebut dibahaskan.
"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat. Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.
Nah! Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean tu sebenarnya hanya cuba nak melarikan diri dari dipertanggungjawabkan terhadap apa yang telah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu cuba nak salahkan Presiden pulak diatas tindakan dia yang tidak membenarkan usul tersebut dibahaskan sebelum ini sehingga menyebabkan ianya menjadi bahan pertikaian. Kiranya, bijak jugak la Si Mahfuz Bean tu melepaskan diri dari dijadikan Kambing Hitam!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mahfus Mahfussssssss orang yang tak cerdik diberi jawatan disuruh buat kerja. Kerja bodohlah jadinya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping