Heh! Siapa sangka. Dikala geng - geng yang lain semuanya menolak sebarang tawaran yang dibuat terhadap mereka oleh kepimpinan Pusat, lain pulak pendirian yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean ni.
Andai kata kita tengok dari satu sudut, nampak sangat yang Si Mahfuz Bean ni teruja tak tentu arah sambil menunggu sebarang tawaran yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS Pusat.
Bila ditanya oleh pihak wartawan, Si Mahfuz Bean tu kata dia masih belum terima sebarang tawaran sama ada dalam bentuk surat atau pun secara lisan oleh mana - mana pihak diperingkat pucuk pimpinan.
Hakikatnya, soalan tersebut diajukan kepada Si Mahfuz Bean tu setalah timbul beberapa Polemik dikalangan bekas pemimpin - pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan sebelum ini.
Rata - rata dikalangan mereka semuanya bertindak untuk menolak sebarang tawaran yang bakal dibuat oleh pucuk pimpinan Pusat yang baru dipilih. Alasannya, diorang nak 'menjauhkan diri'.
Tapi lain pulak dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean ni. Dia tak jawab pulak seperti mana yang telah dinyatakan oleh geng - geng lain yang kalah dalam pemilihan parti tu sebelum ini.
"Saya tidak ada terima apa-apa surat tawaran daripada Pas Pusat setakat ini. Yang lain (Ahli Pas lain) saya tidak tahu. Saya tidak boleh mengulas mengenai sesuatu yang belum nyata," katanya ringkas.
Tinggal lagi, geng - geng Si Mahfuz Bean yang lain tu sebenarnya memang Tak Layak pun kalau diorang nak diberikan sebarang jawatan lantikan dalam barisan jemaah baru sekarang ni.
Kalau diberi diorang jawatan sekali pun bukannya boleh membantu untuk menjernihkan keadaan. Makin bertambah buruk lagi ada la. Lagi pun, buat apa nak ambik orang yang kuat merajuk ni sebagai pemimpin? Buat malu je!!! Perangai dah la mengalahkan Budak Sekolah Tadika belaka!!!


Pas tak de orng lain ke, dah kalah maknanya ahli2 taknak... yg tungu tawaran buat ape,, takde datangnya tawaran... klu dtg gak, Pas menghidupkan semula api kehancuran...silap besar....kita nak mereka yg kalah belajr menjadi ahli Pas yang sebenar bukan hanya pandai berkata2 yg sebahagian nya memfitnah / tak hormat ketua.. sekarang makan diri...pru 14.. jgn bg mereka bertanding.. bg mereka yg menyokong semasa susah senang parti.
BalasPadam