Jumaat, Jun 12, 2015

Heh! Inilah dasar manusia yang Hidungnya tak Mancung, Pipi pulak Tersorong - sorong. Orang tak nak, tapi Si Mak Janda ni masih jugak nak masuk campur dalam urusan orang lain.

Jika sebelum ini, hasrat PKR untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik diantara PAS dan juga DAPigs tu telah dinafikan oleh kedua - dua pihak yang bertelagah sesama sendiri.

Bagi mereka, campur tangan dari PKR itu tidak diperlukan memandangkan kedua - dua parti itu jauh lebih berpengalaman dalam bidang Politik jika nak dibandingkan dengan PKR.

Lagi pun bak kata DAPigs, parti tu dah wujud sejak tahun 1966 lagi. Apa sangat la yang puak - puak PKR tu tau tentang urusan Politik jika mereka masih lagi mentah dalam kancah Politik tempatan?

Tapi nampak gayanya semua itu tidak dipedulikan oleh puak - puak PKR tu. Walaupun hasrat mereka telah diludah orang DAPigs sebelum ini. Sindiran yang dibuat oleh DAPigs tu tak diendahkan lansung.

Sekarang Si Mak Janda ni masih lagi meroyan untuk memberikan bantuan kepada kedua - dua belah pihak yang masih lagi bertelagah biar pun bantuan mereka tidak diperlukan lansung.

Katanya, perbincangan diantara kedua - dua pihak itu dengan PKR masih lagi diteruskan. Namun ianya terpaksa dibuat secara berasingan dan rundingan masih diteruskan pada ketika ini.
KUALA LUMPUR - PKR masih meneruskan rundingan dari semasa ke semasa bagi mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut antara Pas dan DAP.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata,  pihaknya tidak bercadang untuk mengulas panjang mengenai isu itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ditanya mengenai usaha yang dilakukan PKR khususnya ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden parti untuk memulihkan keadaan itu, beliau berkata, semua berjalan dengan baik.


“Alhamdulillah perbincangan diteruskan. Perbincangan dengan DAP dan Pas (dibuat) secara bersaingan,” katanya.
Tapi, apa nak heran ye tak. Tak pelik la kenapa puak - puak PKR ni tetap jugak nak teruskan rundingan tu sebab diorang tau, tanpa bantuan DAPigs dan PAS, memang susah diorang nak merampas kuasa!!! Si Mak Janda tu pun tak mungkin dapat jadi Ahli Parlimen!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping